“She Said Yes!” – Tayang Cincin Di Hari Jadi, Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menerima lamaran bekas pengacara program hiburan HLive!, Nabil Mahir, 32.

Selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan, Nabil melamar pelantun lagu Pencur1 Hati itu sempena hari keIahiran Ayda ke-28 yang disambut semalam (17 Mac).

Nabil berkongsi berita terbabit menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya.

“She said yes!” tulis Nabil yang memuat naik foto dirinya bersama Ayda yang menayangkan cincin.

Sementara itu, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat turut berkongsi perkhabaran gembira itu dan memuat naik fotonya bersama Nabil.

“Hadiah hari lahir terbaik. I said yes,” tulis Ayda di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rakan-rakan artis serta peminat mengucapkan tahniah kepada Ayda dan Nabil.

Sebelum ini, Nabil mengakui dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan Ayda dan dalam proses mengenali hati budi penyanyi lagu Temberang.

Nabil dan Ayda juga mengakui sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Kini

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“She Said Yes!” – Tayang Cincin Di Hari Jadi, Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*