Agong Titah Muhyiddin Layak Dilantik Jadi PM Dan Ini Peringatan Baginda Kepada Ahli Parlimen Lain

 

YANG di-Pertuan Agong bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda yakin Muhyiddin akan membawa negara mendaki persada kejayaan.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.

Baginda bertitah, kemelut politik negara pada Februari lalu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan tanpa ada penghujung.

Selain itu, baginda yakin kerajaan akan terus berusaha meminimumkan kesan bvruk C0vid-19 kepada rakyat dan negara, pastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin.

Al- Sultan turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya jangan menyeret negara ke kancah politik sewaktu berdepan C0vid-19.

Dalam pada itu, baginda turut bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Kini

Sumber : HM

Be the first to comment on "Agong Titah Muhyiddin Layak Dilantik Jadi PM Dan Ini Peringatan Baginda Kepada Ahli Parlimen Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*