“Sederhana Sahaja, Hanya Disertai Keluarga rapat,” – Tahinah! Pelakon Ikmal Amry Bertunang Di Hari Raya Ketiga,

Tahniah diucapkan buat pelakon, Ikmal Amry yang sudahpun selamat mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihan hati yang dikenali sebagai Najla.

Memetik Remaja, pasangan sama cantik sama padan ini bertunang pada Hari Raya ketiga.

Sambil memanjat rasa syukur, peserta Hero Remaja 2017 ini juga mengakui sudah lama merancang untuk bertunang, sekali gus musim cuti perayaan dilihat sebagai masa terbaik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah 💍 one step closer ❤️

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on

“Sebenarnya kami dah rancang agak lama untuk mengikat tali pertunangan ini. Jadi rasanya ini adalah waktu yang sesuai sebelum semua sibuk memulakan pekerjaan nanti.

“Majlis yang dilangsungkan pun sederhana sahaja. Hanya disertai oleh keluarga rapat.

“Alhamdulillah kami berdua rasa sudah tiba masanya untuk meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya. Umur saya pun dah 27 tahun ini.

“Adik-beradik saya yang lain pun masa umur macam ni mereka dah ada dua, tiga orang anak dah,” katanya.

Percaya kepada rezeki selepas bergelar tunangan orang, bintang ini turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan selepas ini.

“Lagi pun Along pun ada cakap, jangan risau tentang rezeki. InsyaAllah kalau nak buat benda baik, Allah akan permudahkan dan bila kahwin nanti rezeki juga semakin murah,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, berita gembira itu turut dikongsi di laman instagram dia dan pasangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🌸💍

A post shared by @ najlxsam on

Pelakon yang mulai dikenali menerusi Gantung The Series ini juga turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan dan merancang untuk akhiri zaman bujang akhir tahun ini, bergantung kepada situasi semasa (C0vid-19).

“Sebelum ini waktu pertama kali saya memuat naik gambar Najla di media sosial, pelbagai reaksi yang kami terima.

“Bagi meminat yang memang dah lama mengikuti saya, mereka turut gembira dan menerima hubungan kami seadanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak putus-putus memberi sokongan buat saya selama ini,” akhirinya.

Sumber/Foto: Majalah Remaja, Instagram Ikmal Amry & Najla

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Kini

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Sederhana Sahaja, Hanya Disertai Keluarga rapat,” – Tahinah! Pelakon Ikmal Amry Bertunang Di Hari Raya Ketiga,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*