“Hari-hari suami mak cik termenung tepi pintu” – Akui terkil@n, tapi jemaah Haji redha dengan penangguhan

 

“BOLEH dikatakan hari-hari suami mak cik termenung tepi pintu, kadang-kadang sampai bergenang air mata, dia (suami) tanya anak-anak, boleh ke dok (tidak) ke Makkah…memang kami nak sungguh sangat tunaikan haji, ” luah seorang bakal jemaah haji, Ramlah Muda.

Ramlah, 73, dari Kampung Jambu Bongkok, Marang, Terengganu berkata dia dan suami, Mamat Ali, 76, begitu teruja selepas mendapat surat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji untuk menunaikan haji bagi tahun ini.

“Mak cik dan pak cik terima surat tawaran bulan Februari. Memang kami suka sungguh! Bertahun-tahun mak cik tunggu, banyak kali doh (dah) buat rayuan untuk tunaikan haji, akhirnya dapat juga surat tawaran untuk tahun ni.

“Lebih 30 tahun mak cik simpan duit untuk tunai haji. Tapi, pada 2018, mak cik dan suami ambil keputusan buat umrah dulu (dahulu) sebab teringin sangat pergi ke tanah suci. Masa tu fikir takut tak sempat nak tunaikan haji. Jadi, mak cik guna duit simpanan untuk tunai umrah. Bila dah dapat surat tawaran tahun ni, mak cik terpaksa jual barang kemas yang mak cik ada, untuk cukupkan duit pergi haji,” katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Ramlah, guru kelas mengaji di bawah Yayasan Islam Terengganu berkata dia dan suaminya telah melakukan beberapa persiapan awal termasuk membuat pemeriksaan kesihatan dan menyertai kursus ibadah haji sebagai persediaan ke tanah suci.

“Bila dapat tahu kerajaan umum (penghantaran jemaah haji Malaysia) musim haji tahun ini ditunda, memang agak sedih dan terkil4n. Tapi, mak cik reda dengan ketentuan Allah. Insya-Allah, kalau umur panjang, tahun depan harap-harap dapatlah mak cik dan pak cik tunai haji,” katanya.

Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan, Malaysia menangguhkan pemergian jemaah haji bagi Musim Haji 1441 Hijrah ke tahun hadapan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagi guru Sekolah Kebangsaan Kelulut, Marang, Samiha Abdullah, 51, berkata dia dan suaminya Abdul Wahab Harun, 55, berlapang dada menerima keputusan yang diambil kerajaan meskipun telah 12 tahun menunggu untuk menunaikan haji.

“Saya memang dah fikir, mungkin tak boleh pergi sebab COVlD-19. Lagipun, menantu saya yang belajar di Arab Saudi ada beritahu keadaan di sana. Kalau pergi pun, tak selamat dan berisiko walaupun keadaan (wab4k COVlD-19) dah mula reda,” katanya yang menerima surat tawaran menunaikan haji pada Mac.

Seorang lagi bakal jemaah haji, Rohisham Abu Bakar, 48 dari Kajang, Selangor berkata dia dan isterinya Zaroslaili Awang, 48, berfikiran positif meskipun telah 15 tahun menunggu giliran untuk menunaikan haji.

“Kami memang dah buat persiapan dari segi fizikal dan logistik. Pakaian pun dah beli, kursus haji 14 siri dah selesai dan dah buat suntikan. Masa perintah kawalan pergerakan diumumkan, kami dah fikir ada kemungkinan tak dapat pergi. Tapi, sekiranya diberi pilihan, kami memang akan memilih untuk pergi.

“Semalam, kami dari 3.30 petang dah bersedia menunggu depan tv untuk tengok sidang media. Bila menteri umum tangguh, kami suami isteri terdiam seketika. Apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Mungkin masa yang ada, kami boleh gunakan untuk melengkapkan lagi ilmu sebelum ke tanah suci,” katanya yang bekerja di Sarawak.

Di Kelantan, Siti Zainab Daud, 66, dan suaminya, Ramli Abas, 71, pesara polis juga bersyukur kerana tahu pes4kit kronik seperti mereka sangat berisiko terhadap penularan wab4k itu.

“Saya menghidap penyakit saraf, strok kecil, kencing manis dan darah tinggi manakala suami pula mempunyai penyakit buah pinggang, gout serta masalah prostat.

“Saya mengetahui mengenai penangguhan ini selepas dihubungi anak ketiga, Amran, 42, yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur dan sudah menjangkakan hal ini disebabkan beberapa negara lain seperti Singapura, Brunei dan Thailand tidak menghantar jemaah mereka ke tanah suci disebabkan penularan wab4k ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Permatang Piah, Pak Badol, hari ini.

Bagaimanapun, mereka tetap berharap jika dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik, mereka akan dapat menunaikan haji pada tahun hadapan.- BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaya

Sumber : MSTAR

Be the first to comment on "“Hari-hari suami mak cik termenung tepi pintu” – Akui terkil@n, tapi jemaah Haji redha dengan penangguhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*