“Oh Rupanya Soffwany Ni..” Selain Anggota Polis, Ini Yg Dilakukan Tunang Raja Afiq Buat Ramai Kagum

 

Anggota polis Soffwany Yusoff yang juga tunang kepada pelakon Raja Afiq antara peserta program realiti terbaru Astro, Suara Viral.

Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Koperal Pemerhati Udara itu akan berentap dengan sembilan lagi peserta yang mempunyai latar belakang berbeza.

Pada minggu pertama bertemakan Idola, Soffwany akan menyanyikan lagu Kasih nyanyian asal Hetty Koes Endang.

Soffwany yang kini memiliki 254,000 pengikut di laman Instagram pernah menjadi bualan ramai selepas video menyanyikan lagu Menahan Rindu dendangan asal Wany Hasrita, ketika diundang membuat persembahan di sebuah stesyen televisyen.

Mengulas tentang penyertaannya dalam Suara Viral, Soffwany berkata dia mendapat sokongan penuh daripada rakan sekerja, keluarga dan tunang.

“Alhamdulillah, orang sekeliling menyokong saya untuk menyertai program ini. Keluarga juga memberi sokongan penuh kerana mereka tahu saya memang minat menyanyi.

“Tunang saya juga tidak menghalang kerana dia sokong apa jua yang saya lakukan. Cuma dia ada bertanya samada saya boleh memberikan komitmen atau tidak.

“Dia kalau boleh mahu saya membahagikan masa dengan baik di antara kerjaya dan minat kerana tidak mahu saya ‘overwork’,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya tentang majlis perkahwinan yang terpaksa ditunda kerana pandemik COV1ID-19, Soffwany berkata perkara tersebut bergantung kepada waktu.

“Sepatutnya kami merancang untuk menamatkan ikatan pertunangan ini ke fasa perkahwinan pada Ogos ini,  tetapi melihat kepada situasi sekarang, kami tangguhkan ke tarikh baru dalam tahun ini juga, Insyaallah.

“Cumanya tarikh baru belum ditetapkan kerana komitmen kerja dan Afiq menghabiskan kursus kahwin dahulu,” ujarnya.

Soffwany yang baru tamat menjalani rakaman episod pertama Suara Viral pada Rabu lalu turut meluahkan rasa bimbang kerana mengalami b4tuk yang berterusan.

“Sudah lama saya b4tuk dan baru-baru ini ketika rakaman episod pertama perkara tersebut agak mengganggu persembahan.

“Tapi saya tahu, ini adalah pertandingan dan tidak boleh menjadikan faktor kesihatan sebagai alasan jika hendak meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.

“Saya ada berjumpa doktor, kerongk0ng semua okay cuma mungkin vokal cord yang mengalami sedikit keced3eraan, “ katanya positif.

Suara Viral akan mula bersiaran setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 17 Jun 2020 secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembangan para peserta ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian ‘Jom Intai Suara Viral’ pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 6.55pm bermula 15 June 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaya

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Oh Rupanya Soffwany Ni..” Selain Anggota Polis, Ini Yg Dilakukan Tunang Raja Afiq Buat Ramai Kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*