Selepas Dikatakan Menolak ‘Cinta’ Anak Sheila Rusly, Wanna Ali Dikatakan Ada Hubungan Dengan Pelakon Ini Pula

 

KUALA LUMPUR: Pelakon, Wanna Ali enggan mengulas gosip percintaan dengan Uzair Haqimi iaitu anak penerbit dan pelakon, Sheila Rusly.

Wanna, 23, mengaku berkenalan dengan Uzair sejak setahun lalu, namun, enggan melayan gosip itu kerana mahu mempromosikan filem, Ada Apa Dengan Dosa (AADD) lakonannya.

“Saya tidak mahu komen dan tidak mahu mengetengahkan isu itu.

“Saya mahu fokus mempromosikan filem AADD. Karier saya lebih penting buat masa ini kerana saya masih muda,” katanya kepada BH Online.

Ditanya pula mengenai gosip hubungannya dengan seorang lagi jejaka, Haris Ismail yang juga membintangi AADD, Wanna tidak menolak cerita itu membantu mempromosikan filem berkenaan.

“Saya dan Haris sekadar kawan. Kami rapat sebab berlakon bersama dalam AADD.

“Kami juga banyak meluangkan masa bersama sepanjang sebulan setengah penggambaran di Scotland,” katanya.

Masing-masing ditawarkan watak utama buat kali pertama dalam filem itu, Wana dan Haris banyak berkongsi rasa gementar.

“Selepas penggambaran berakhir, Haris selalu datang ke rumah keluarga saya memberi tazkirah agama. Hendak dijadikan cerita, orang tua kami juga adalah kenalan lama. Lantas, kami jadi rapat,” katanya.

Sementara itu, Wanna gembira lakonannya sebagai Aurora dalam AADD mendapat reaksi positif.

“Saya sangat bersyukur hampir semua memberi komen positif. Ini termasuk reaksi daripada rakan-rakan industri. Namun, namun masih ada perkara yang boleh saya perbaiki,” katanya.

Filem AADD terbitan Pencil Pictures mengisahkan Aurora yang kembali mencari sinar Islam dan keluarga kandung selepas ditinggalkan di rumah anak yatim sejak lahir.

Filem yang sepatutnya dipertontonkan di pawagam, ditayangkan di Astro First mulai 4 Jun lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaya

Sumber : BH

Be the first to comment on "Selepas Dikatakan Menolak ‘Cinta’ Anak Sheila Rusly, Wanna Ali Dikatakan Ada Hubungan Dengan Pelakon Ini Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*