Bawa Pulang RM100,000! Elica Paujin Juara Big Stage 2022

Setelah dua minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga terbawah, akhirnya penyanyi Elica Paujin bangkit membuktikan dia layak bergelar juara Big Stage 2022.

Kejayaan itu sekaligus melenyapkan impian dua pencabar terdekatnya iaitu Daniel Chuer dan Aisha Retno.

Elica yang menyanyikan lagu Cinta dan Believer, duet bersama Hael Husaini mendapat pujian daripada juri.

Foto: IG

Menurut Datuk Seri Siti Nurhaliza, Elica berjaya memberikan persembahan hebat dan menasihatinya agar terus menjaga anugerah suara yang diberikan.

“Awak memberikan persembahan yang hebat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Jaga anugerah suara yang diangugerahkan dan jangan sia-siakan pengalaman di Big Stage,” katanya.

Sebagai juara Elica membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Sementara itu Daniel Chuer terpaksa berpuas hati apabila diumumkan sebagai naib juara program berkenaan.

Daniel menyampaikan lagu berjudul Hilang Naluri dan Still Love You duet bersama Shila Amzah.

Manakala Aisha Retno yang menyanyikan lagu Fallin serta Semua Jadi Satu duet bersama Jaclyn Victor mendapat tempat ketiga.

Daniel dan Aisha masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000 berserta trofi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Konsert akhir Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad dihoskan oleh Alif Aziz dan Sherry Alhadad.

Selain Siti Nurhaliza, Big Stage 2022 turut diadili oleh juri tetap Ajai dan Aliff Aziz.

Aina Abdul sekali lagi muncul sebagai juri jemputan manakala Elly Mazlien menjadi juri pedas.

Dua peserta lain yang bertanding di peringkat akhir adalah Tegar Septian dan Yazmin Aziz.

BERIKUT KEPUTUSAN PENUH FINAL BIG STAGE 2022:

Juara – Elica Paujin (78.93%)

Naib juara – Danial Chuer (72.62%)

Tempat ketiga – Aisha Retno (71.04%)

Tempat keempat – Yazmin Aziz (59.35%)

Tempat kelima – Tegar Septian (59.13%) 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Bawa Pulang RM100,000! Elica Paujin Juara Big Stage 2022"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*