“Wakil Para Netizen..”-Ramai Puas Hati Tengok Kiah Propa ‘M4ki’ DSV

Semalam, program Big Stage 2022 melabuhkan tirainya apabila menyaksikan Elica Paujin merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi.

Selain persembahan para peserta, hangat diperkatakan mengenai babak dimana Kiah Propa memaki hamun dan memarahi usahawan sensasi Datuk Seri Vida.

Kiah Propa tampil di pentas dengan membawa senduk dikatakan mewakili suara netizen yang tidak berpuas hati dengan tugas dipikul usahawan itu sebagai Presiden Netizen.

Difahamkan, kemunculan Kiah Propa dipentas adalah untuk mempromosikan drama Jangan Menangis Cinta yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.

Meskipun hanya gimik untuk mempromosikan drama, namun rata-rata netizen berpuas hati melihat usahan itu dih4mun oleh pelakon berkenaan.

Malah, ramai yang mengucapkan terima kasih di atas gimik berkenaan kerana dalam masa sama mewakilkan kem4rahan netizen terhadap Vida.

Sementara itu, Vida yang mengakui terkejvt dengan kata-kata Kiah Propa berkata dia sudah memberikan yang terbaik memikul tugas sebagai Presiden Netizen dalam program berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

Be the first to comment on "“Wakil Para Netizen..”-Ramai Puas Hati Tengok Kiah Propa ‘M4ki’ DSV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*