“Macam Tau-tau Je Dia Nak Pergi- Ak$i Lembu Bermanja Dengan Tuan Bikin $ebak

ADAT setiap pertemuan, pasti ada perp1sahan.

Begitulah juga dengan kisah pemuda ini yang tidak dapat menahan ke$edihan kerana terpak$a melepaskan lembu kesayangannya untuk dijadikan k0rban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Video detik-detik terakhir di mana dia menghabiskan masa dengan haiwan tersebut sehari sebelum ia disembel1h, nyata mengundang seb4k warga maya yang seolah-olah turut merasai ke$edihan yang ditanggung pemuda berkenaan.

Gelagat lembu jantan yang meny0ndol-ny0ndol belakang badan si tuan seperti mahu bermanja buat kali terakhir, cukup untuk membuatkan air mata sesiapa sahaja luruh.

jantan 2

Menurut Tuan Iskandar Tuan Ibrahim, terlalu banyak kenangan dirinya bersama lembu peliharaan yang diberi nama Jantan.

“Mulanya beli sepasang lembu waktu kedua-duanya masih kecil, tapi seekor kena cvri… maka tinggallah Jantan ini sahaja.

“Sejak ia kecil, keluarga memang niat mahu k0rbankannya apabila cukup usianya. Dan sekarang, umurnya dah hampir tiga tahun, saiznya pun besar macam lembu sado… jadi tibalah waktu melepaskannya walau saya sedih.

“Sehari sebelum hari raya dan sebelum ia disembelih, saya sempat lagi luangkan masa bersamanya. Salah satu video yang dimuat naik itu adalah video sehari sebelum ia jadi korban,” cerita pemuda berusia 19 tahun ini.

Iskandar sempat meluangkan masa bersama Jantan sebelum lembu kesayangannya disembel1h.

Senang disapa sebagai Iskandar, pemuda tersebut turut berkongsi kenangan manisnya bersama bersama Jantan sepanjang tiga tahun menjadi tuan kepada haiwan itu.

“Dulu saya tak berapa suka sangat… mungkin sebab ia tak kenal saya, jadi ia kurang dengar arahan. Lagi pula saya belajar di kolej matrikulasi, ibu yang banyak jaga.

“Tapi lama kelamaan apabila selalu habiskan masa bersamanya, ia dah mula kenal dan kami jadi rapat. Lebih-lebih lagi selepas saya tamat belajar sekarang dan duduk kampung.

“Saya petik jari saja ia dah cam dan datang… tak perlu panggil nama. Setiap hari, selepas habis bekerja sambilan, saya habiskan masa dengannya dan usahakan potong rumput seguni sebagai makanannya,” ujar pemuda yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

jantan 1

Iskandar memelihara Jantan sejak kecil sehingga haiwan itu berusia tiga tahun.

Menurut Iskandar, Jantan adalah lembu daripada baka biasa meskipun saiz badannya seperti menyamai lembu sado.

“Saya tak sampai hati nak sembelih… orang lain yang sembelih sebab bimbang tak tahan seb4k. Sekarang ini pun susah nak move on apabila teringat balik kenangan dengan Jantan.

“Jantan ni faham emosi saya, tak susah nak jaganya. Ia tak memilih jenis rumput pun. Kadang tebas lalang pun ia makan. Hanya penat nak layan manjanya saja.

Sekarang ini pun susah nak move on apabila teringat balik kenangan dengan Jantan.

TUAN ISKANDAR TUAN IBRAHIM

“Tukang sembelih beritahu daging bersih sahaja seberat 105 kilogram, belum campur berat anggota lain,” ujar anak keenam daripada sembilan adik beradik ini.

Tidak menyangka videonya menjadi tular di TikTok, Iskandar berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen bersama Jantan untuk tatapan di kemudian hari.

“Tak sangka pula viral sampai lebih 1.6 juta jumlah tontonan. Niat saya hanya nak simpan untuk kenangan sendiri.

komen jantan new

Netizen turut sama merasa seb4k melihat keakraban Iskandar dengan Jantan.

“Tak sangka pula video itu menyentuh hati netizen. Ramai turut sedih tengok video waktu Jantan kecil hinggalah dah cukup umur untuk dik0rbankan, video Jantan bermanja dengan saya.

“Ramai juga yang request nak tengok lagi video-video Jantan. Terima kasih saya ucapkan pada mereka yang cuba berikan kata-kata semangat seolah memahami apa yang saya rasa,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Online

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "“Macam Tau-tau Je Dia Nak Pergi- Ak$i Lembu Bermanja Dengan Tuan Bikin $ebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*