Suri Rumah Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan Hanya Jual Keropok ‘Super Ring’

Sebut sahaja keropok jenama tempatan ini, pasti ramai tahu bahawa ‘Super Ring’ sememangnya snek kegemaran rakyat Malaysia. Malah, keropok itu turut mendapat permintaan tinggi di Korea Selatan dek kerana Jenni dan Jisoo Blackpink yang turut menyukainya.

Nampaknya bukan sahaja di Korea, ‘Super Ring’ juga turut digilai oleh rakyat dari Amerika Syarikat juga. Sambutan luar biasa daripada peminat luar negara, seorang suri rumah Rabiatul Adilah mampu menjana pendapatan tinggi dengan menjual ‘Super Ring’ di platform eBay.

 

Dalam satu temubual bersama mStar Online, Rabiatul berkata keropok berkenaan secara tiba-tiba mendapt pemintaan tinggi daripada pembeli luar negara sejak minggu lalu.

Apa yang mengejutkan, keropok berharga RM1.60 itu boleh dijual dengan harga mencecah mencecah AS$12 (RM50) di Amerika Syarikat.

Hampir setahun berkecimpung dalam perniagaan tersebut, Rabiatul berkata dia mula berjinak dalam perniagaan di platform berkenaan selepas melihat rakan-rakannya yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Selain keropok ‘Super Ring’, Rabiatul berkata dia pernah mendapat permintaan tinggi untuk ubat nyamuk. Malah, dia juga pernah menerima permintaan daripada warga AS itu yang mahu membeli daun pandan, petai dan tempe.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Suri Rumah Jana Pendapatan 4 Angka Sebulan Hanya Jual Keropok ‘Super Ring’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*