Nelofa Pernah Nafi Bukan Anak Dia, Sekali Netizan Perasan Benda Ni Kat Wajah Bilal “Tak Sangka!”

Selebriti popular, sebelum ini Neelofa menafikan foto bayi tular bersama seorang wanita dalam TikTok ketika ini adalah anak lelakinya, Muhammad Bilal.

“Maaf semua, ini bukan Bilal. Tetapi comelnya, masya-Allah,” komen Neelofa ringkas pada perkongsian media sosial itu.

Sebuah foto tular di platform TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelaki kepada Neelofa

Netizan Mula Buat Siasatan, Perbandingan

Terbaharu, anak selebriti berkenaan sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas Neelofa memuat naik sebuah video memaparkan wajah Bilal yang ditutup dengan pelitup muka dan diletakkan emoji cermin mata hitam berserta emoji donut.

Akan menanggalkan topeng saya untuk donat,” tulisnya Neelofa di ruangan kapsyen.
Video pendek Bilal itu dikongsikan di Instagram Neelofa pada Ahad

Namun melalui perbandingan yang dibuat oleh netizan melalui gambar yang tular sebelum ini, rupanya ada banyak persamaan dengan Bilal

“Dah lama agak memang betul itu Bilal, rambut lengan semua sama dah” komen seorang netizan

Sebelum ini foto tersebut tular di platform TikTok yang didakwa ramai sebagai anak lelaki kepada Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berdasarkan bentuk wajah dan kulit putih gebunya.

Menerusi perkongsian @bebelancikmin, pengguna itu tidak menyatakan kesahihan gambar tersebut sebaliknya menulis hantaran bertanya kepastian sama ada bayi lelaki tersebut ialah Bilal atau tidak.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet termasuklah ada individu mendakwa wanita yang mendukung bayi lelaki tersebut adalah adik perempuan kepada suami Neelofa iaitu Haris Ismail.

Selain itu, ada yang turut menafikan gambar tersebut dengab mengatakan ba.yi tersebut adalah anak buah kepada Haris Ismail merangkap sepupu Bilal.

Tidak kurang juga ada mengatakan pernah melihat Bilal didukung oleh suami kepada kakak Neelofa, Shahrin di Insta Story.

Sejak dilahirkan pada 29 Januari lalu, Neelofa dan Haris mengambil pendekatan untuk tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum atas alasan mahu ‘elak’ daripada sebarang peny4kit Ain yang berpunca daripada pandangan mata atau dendam.

Namun bekas pengacara MeleTOP itu kerap berkongsi perkembangan dan foto anak lelakinya di media sosial meskipun hanya menampakkan sebahagian wajahnya seperti belakang badan, kaki dan tangan. Jika ada gambar penuh, selebriti itu pasti akan meletakkan sticker bagi mengelak wajah anaknya terdedah.

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber/ Kredit : LAB  via https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Nelofa Pernah Nafi Bukan Anak Dia, Sekali Netizan Perasan Benda Ni Kat Wajah Bilal “Tak Sangka!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*