[VIDEO] Detik2 Terakhir Meningg4lkan Dunia Hiburan, Ini Kata2 ‘Deep’ Bob Lokman Sebelum ‘Pergi’

Bagi generasi masa kini, Bob Lokman bukan siapa siapa, malah mungkin langsung tidak dikenali rupa dan sosoknya seperti apa.

Namun buat karyawan seni tanah air dari penikmat karya, pelawak hingga muzik, berpulangnya Allahy4rham Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman umpama kehilangan emas permata.

Masakan tidak, untuk memperkenalkan Allahy4rham yang menghembvskan naf4s terakhir pada usia 58 tahun, cukuplah kami sua dengan judul lagu Isabella yang ditulisnya sewaktu baru berumur 25 tahun dari kugiran rock tersohor, Search.

Ya, Isabella yang membawa Search terkenal sehingga ke Indonesia, itulah lagu yang ditulis liriknya oleh Allahy4rham dengan Datuk M.Nasir sebagai ‘dalangnya’.

Sepanjang hayatnya, Bob Lokman memang begitu akrab sebagai penulis lirik bagi kugiran rock. Allahy4rham malah diketahui telah menulis sekitar 350 lirik untuk penyanyi tanah air.

Berikut detik detik terakhir Bob Lokman meninggalkan dunia hiburan di kaca TV.

Ayat deeep beliau:

“… takut banyak sangat ketawa, cepat pulak pergi nanti….”

Beliau sudah meningg4lkan dunia sebelum meningg4l dunia.

Semoga r0h beliau dicucuri rahmat Allah. .

VIDEO :

Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama meningg4lkan seorang balu, Relawati Daud, 42, dan tujuh cahaya mata.

Allahy4rham juga adalah cicit kepada seorang ulama terkenal di Kelantan iaitu Tok Kenali (1870-1933).

Dalam pada itu Dato Hattan menyifatkan arw4h sebagai seorang intelektual, malah bahasa digunakan untuk menghasilkan lirik begitu sedap dan kehilangannya sukar dicari ganti.

“Selepas kehilangan arw4h Loloq kira-kira 14 tahun lalu, kita kehilangan seorang lagi penulis lirik berbakat besar.

“Boleh dikatakan separuh perjalanan kerjaya seni saya bersama arw4h. Kebanyakan lagu berentak balada, saya menaruh kepercayaan kepada arw4h.

“Kami mula mengenali selepas sering berkampung di Studio Luncai Emas milik Datuk M Nasir di Sungai Buloh.

“Walaupun sudah tidak aktif dalam bidang seni, kami rajin berhubung. Hubungan kami sangat rapat hingga arw4h sanggup datang berhari raya seorang diri di kampung halaman saya di Seri Menanti, Negeri Sembilan,” katanya yang menyanyikan lirik terakhir arw4h menerusi lagu berjudul 5 Oktober.

Selain lagu Rendang Tak Berbuah dan 5 Oktober, arw4h juga pernah menghasilkan lirik lagu Memburu Rindu, Kalis dan beberapa lagu lain.

Allahy4rham Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 58, meningg4l dunia di kediamannya di Kubang Kerian, Kelantan akibat komplikasi j4ntung, jam 3 petang

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber/ Kredit : LAB via https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] Detik2 Terakhir Meningg4lkan Dunia Hiburan, Ini Kata2 ‘Deep’ Bob Lokman Sebelum ‘Pergi’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*