Anak Gadis Warisi Bakat Nyanyian Ameng Spring. A Aida Terima Jika Anak Masuk Dunia Seni

Penerbit terkenal, Datuk A Aida tidak kisah sekiranya suatu hari nanti anak keduanya, Wan Azevanatassha atau Natassha, 21, berkecimpung dalam dunia seni tanah air atau bergelar penyanyi suatu hari nanti.

Menurut Aida, anaknya mewarisi bakat dalam bidang berkenaan.

Perkara itu dikongsikan A Aida, 52, $usulan beberapa video yang dimuat naik anak hasil perkahwinannya dengan penyanyi Ameng Spring, itu tvlar di aplika$i TikTok.

“Saya tak kisah dia menjadi penyanyi. Saya okay saja. Macam saya kata, dia ada suara, rupa dan pandai main gitar, kenapa tidak. Saya selalu cakap pada dia, mainlah gitar dan letak di YouTube. Manalah tahu boleh melet0p.

“Saya selalu bebel pada dia. Sudah ada semua dan buatlah album. Tapi dia tak nak, sebab katanya itu lebih pada kepua$an diri sendiri. Perhatiannya bukan nak menjadi artis, dia tak nak.

“Bagi saya, sayang anugerah Allah. Tak semua orang dikurniakan kelebihan dan bakat itu. Sayang tak digunakan,” katanya.

A Aida yang juga penerbit A Aida Production turut menambah, kedua-dua anak perempuannya pandai dan berbakat dalam bidang nyanyian.

“Kakak dia pun, Wan Az Aleesa, 26, pun boleh menyanyi. Kedua-dua anak Ameng ni boleh nyanyi. Tapi itu lah, mungkin mereka mahu beri perhatian pada bidang lain iaitu pelajaran.

“Alhamdulillah, Aleesa sekarang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Natassha pula program Akauntan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Macam Natassha, dia seorang anak yang ada dunia tersendiri. Biasa dalam bilik saja. Sedangkan bagi saya dia pandai main gitar, menyanyi, suara ‘best’.

“Dari dulu lagi saya dengan beberapa kawan dalam bidang muzik ‘bodek’ dia suruh jadi penyanyi dan berlakon dalam video muzik. Tapi dia akan cari ala$an tak nak.

“Sekarang dia cuti semester dan banyak habiskan masa dengan komposer Sharon Paul di studio. Saya pun suruh komposer, Sharon pujvk dia mana tahu nak menjadi penyanyi,” katanya lagi.

Video:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Online

Sumber : MH

Be the first to comment on "Anak Gadis Warisi Bakat Nyanyian Ameng Spring. A Aida Terima Jika Anak Masuk Dunia Seni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*