“Sem0ga Kak BCL Pun Segera Berhijrah…” Dida Sinclair K0ngsi K0leksi Pashmina Jenama BCL, Peminat S0kong

Ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Dida Sinclair atau nama sebenarnya Khadijah Abdul Rahman berkongsi satu entri tentang tudung berjenama BCL milik menantunya Bunga Cinta Lestari.

Berkongsi koleksi pashmina yang dimilikinya dengan hashtag #rumahbcl, #koleksiUmi dan #hijabwithlove, ramai peminat yang bertanyakan tentang tudung tersebut.

Tulis Dida di ruangan komen pada entri tersebut, idea untuk perniagaa itu bermula sebelum Ashraf meninggal dunia.

“Alhamdulillah, Pashmina by BCL idea bermula sebelum Alm Ashraf meninggal(kan) kami.

“Alhamdulillah, idea ini kini menjadi realiti,” tulis Dida di ruangan komen.

Tambah Dida lagi, Ashraf pergi meninggalkan tiga prinsip teguh untuk keluarga Sinclair meneruskannya.

“Happy, grateful and success in life,” tulisnya.

 

Bila ditanya netizen tentang produk tersebut, Dida meminta mereka untuk mengikuti Instagram @rumahbcl dan di situ mereka boleh mengetahui lebih lanjut bagaiamana untuk melanggan dan lain-lain.

“The best thing to do is to follow #rumahbcl. You will find out more on how to order, to pay, to wash and to wear.

“With love for BCL and Noah. Banyakkan lah baca Al-Fatihah buat Alm Ashraf ya. Aaminn Aamiin Aamiin yra,” tulis Dida lagi.

Rata-rata netizen ingin membeli pashmina tersebut dan tidak kurang juga yang turut mendoakan agar Bunga mampu berhijrah suatu hari nanti.

Allahyarham Ashraf meningal dunia pada 18 Februari 2020 dan meninggalkan seorang balu, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Kini

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Sem0ga Kak BCL Pun Segera Berhijrah…” Dida Sinclair K0ngsi K0leksi Pashmina Jenama BCL, Peminat S0kong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*