25 tahun bersahabat, Nazia Mustafar kongsi kali terakhir jumpa Maya Matahari

BERITA pemergian penyanyi Mya Ruslee atau lebih dikenali Maya Matahari mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan selebriti.

Salah seorang teman rapat arwh iaitu Nazia Mustafar menyifatkan Mya sebagai seorang wanita yang kuat melwan peny4kitnya.

“Kami bertemu dua minggu lalu di kediamannya… semasa itu dia baru balik dari China mendapatkan raw4tan k4nser tisu.

“Kami berborak panjang, gelak-gelak dan dia pesan supaya saya tak menangis… kita bercerita benda yang happy-happy sahaja. Dia tak mahu sedih-sedih!

“Walaupun badan dia nampak susut, tapi Mya kata keadaan kesihatannya semakin baik dan sangat positif selepas menerima rawatan di sana,” katanya kepada mStar.

Nazia menulis luahan hatinya apabila mendapat perkhabaran pemergian sahabat baik, Mya Ruslee.

Menerusi Instagram, Nazia turut memuat naik sekeping foto kenangan pertemuan terakhir mereka di kediaman Allahyarham.

 

Sebelum itu, Mya atau nama sebenar Myanaliza Ruslee, 44, meningal dunia kira-kira pukul 4 petang di sebuah pusat pervbatan di Sungai Buloh, Selangor pada Rabu.

Penyanyi lagu Matahari ini mend3rita peny4kit k4nser tisu (sarcoma) dan keadaan kesihatannya itu mula merosot selepas menyertai Gegar Vaganza musim kelima pada 2018.

“Peny4kitnya bertambah tervk selepas menyertai Gegar Vaganza dan dia cuba bervbat di hospital termasuklah ke China.

“Sepanjang menjalani raw4tan itu dia selalu minta doakan kesihatannya dan tak pernah lagi dia tunjukkan kes4kitan atau kesedihan di hadapan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Nazia berkata hasratnya untuk bertemu Mya minggu ini tidak kesampaian.

“Saya ada hubunginya minggu lepas dan berjanji nak jumpa minggu ini tapi hasrat itu tidak dapat ditunaikan.

“Semasa kami berbual menerusi panggilan telefon itu, saya sedang menjalani penggambaran di Kedah dan saya minta dia tunggu… saya akan datang jumpa dia tapi aj4l menjemputnya terlebih dahulu.

“Memandangkan usia kami sebaya, hubungan jadi lebih rapat, kami dah berkawan selama 25 tahun. Sejujurnya, saya terkesan dan bersedih dengan pemergiannya,” ujarnya.

J3nazah Allahyarham Mya Ruslee dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Johor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Kini

Sumber : Vanilla Daily

Be the first to comment on "25 tahun bersahabat, Nazia Mustafar kongsi kali terakhir jumpa Maya Matahari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*