“Sekali lagi hamba Allah, Eina Azman ni buat semua terharu.”

Ketika berlakunya anc4man v1rus COVID19, bukan sahaja kesihatan yang terganggu malah ekonomi negara dan juga rakyat turut terkesan. Sejak bulan lalu, perniagaan makin merudum kerana orang ramai kurang membeli dan keluar kerana takut anc4man w4bak COVID19.

Sejak dikeluar perintah kawalan berkurung dari pihak kerajaan, peniaga-peniaga kecil juga telah hilang tempat mencari nafkah, ada juga pekerja di syarikat-syarikat yang terpaksa cuti tanpa gaji. Jika dilihat secara menyeluruh w4bak COVID19 ini mampu melumpuhkan sesebuah negara, oleh itu Perdana Menteri merayu agar rakyat Malaysia patuh akan saranan yang ditetapkan bagi mengelakkan w4bak ini terus menular.

Disaat rakyat berpusu-pusu membeli barangan keperluan asas hingga ada yang membuat ‘panic buy’ , sebenarnya terdapat ramai lagi yang hanya mampu melihat kerana golongan ini tidak mampu untuk membeli barangan makanan untuk dijadikan simpanan.

Oleh itu selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suami terpanggil untuk membantu golongan ini. Terdahulu Datin Eina memuat naik status di Instagram beliau mencari rumah anak yatim atau keluarga yang susah untuk dibantu.

Assalamualaikum semua.

Minta tolong share rumah anak2 Yatim, Oku, Rumah orang Tua ya.

Thank you

Melalui insta story yang dimuat naik, pasangan ini dilihat memborong barangan keperluan asas seperti beras, pampers, susu dan pelbagai lagi lalu diberikan kepada penduduk rumah flat PPR. Jelas dapat dilihat wajah gembira penduduk di sana yang mendapat bantuan dari pasangan ini.

Perkongsian yang dibuat oleh Datin Eina mendapat pelbagai reaksi dan pujian dari para pengikutnya. Diharapkan dengan perkongsian ini, ramai lagi golongan yang berkemampuan dapat membantu sesiapa yang memerlukan, tambah lagi dalam keadaan yang sangat genting ini.

Harap ramai yg sudi Bantu mcm DP eina. Bantu yg dekat dengan lokasi masing2. InsyaAllah memudahkan urusan mereka. *I will do the same thing

Sgt berharap kalau datin boleh approach org² yg duduk rumah flat. Waktu ni. Mana yg kerja gaji hari. Semua susah hati bila bos suruh stop dulu dtg kerja. Xnk bnyk, cukuplah keperluan asas seperti beras n gula. Sgt besar bg mereka

Sekali lagi hamba Allah eina_azman ni buat smua terharu..alhamdulilah moga bhgia 1 fmily till jannah

Smoga datin dmurahkn rezeki dan dirahm4ti Allah sllu..

Bagi Datin, beliau percaya apabila seseorang untuk memberi dan bersedekah, rezeki pasti akan bertambah. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan buat Datin Eina dan suami. Kami doakan semoga terus dimurahkan rezeki.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Kini

Sumber : Meh Baca

Be the first to comment on "“Sekali lagi hamba Allah, Eina Azman ni buat semua terharu.”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*