‘Arw4h solat lebih lama berbanding biasa’

SEREMBAN: “Tiada kelakuan g4njil dari arw4h tetapi kebelakangan ini, dia solat agak lama berbeza seperti lazimnya,” kata kakak Ahmad Farid Ahmad Alaudin, Nur Syafiqa Ahmad Alaudin, 23.

Ahmad Farid, 19, dipercayai m3ninggal dunia selepas m4yatnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, jam 12 tengahari semalam.

Nur Syafiqa dari Taman Desa Idaman Melaka berkata, selain itu arw4h juga ada meminta keluarganya membeli baju Melayu berwarna putih dan hajatnya itu sudah disempurnakan oleh keluarga serta arw4h sempat menggunakan sekali baju berkenaan.

Menurutnya, kali terakhir dia melihat arw4h pada 13 Mac lalu pada kira-kira 8.30 malam.

“Pada malam itu, arw4h ada minta izin daripada ibu dan ayah untuk menemui kawan sekerjanya di Tangkak dan mereka memberi keizinan kepada arw4h.

“Arw4h yang juga anak bongsu daripada lima beradik juga ada memberitahu untuk balik ke kampung asal di Bachang Melaka kerana di sana ramai saudara-mara.

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka arw4h dikatakan bertukar fikiran dan pergi ke Ampang, Kuala Lumpur untuk meraikan sambutan hari jadi seorang kawan sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nur Syafiqa yang juga anak keempat dalam keluarga itu berkata, keluarganya menyangka arw4h balik ke Kampung di Bachang dan berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, bagaimanapun pada pagi Isnin (16 Mac) ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja bagi mendapatkan maklumat mengenai arw4h selepas syarikat tempat dia bekerja menghubungi bahawa Ahmad Farid tidak hadir bekerja.

“Kami kemudian menghubungi rakan sekerjanya dari Tangkak yang memaklumkan arw4h tiada di tempat kerja dan dia juga memberitahu mereka tidak berjumpa pada malam 13 Mac itu seperti dirancang.

“Daripada maklumat itu kami mendapat tahu arw4h pergi ke Ampang seorang diri.

“Kami kemudian menghubungi rakannya itu dan dimaklumkan arw4h dikatakan bergerak pulang ke Melaka pada 3.30 pagi, malam berkenaan,” katanya.

Foto Allahyarham Ahmad Farid bersama keluarga. - Foto FB Ain Alaudin

Nur Syafiqa berkata, usaha keluarganya mengesan arw4h pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arw4h ditular dan ramai kenalannya yang memberitahu menerusi aplikasi WhatsApp yang memberitahu arw4h kem4langan.

Beliau berkata, kakaknya Aida turut menghubungi Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) bertanyakan kemungkinan ada membuat pengecaman mangsa kem4langan tanpa identiti, tetapi gagal.

Menurutnya, selepas bimbang akan keselamatan adiknya itu, pada petang 16 Mac, keluarganya membuat laporan polis mengenai kehilangan Ahmad Farid di Balai Polis Durian Tunggal.

“Selepas usaha mengesan arw4h tidak juga berhasil dan tiada juga maklumat atau petunjuk daripada pihak polis, ayah saya membuat laporan polis kali kedua di balai sama pada 22 Mac,” katanya.

Nur Syafiqa berkata, bagaimanapun misteri kehilangan adiknya itu akhirnya terjawab apabila ahli keluarganya menghubungi Balai Polis Nilai, petang semalam, bagi mendapatkan pengesahan.

Menurutnya, sebelum itu, anggota Balai Polis Durian Tunggal tampil ke rumahnya jam 4 petang kelmarin bagi memaklumkan penemuan satu m4yat lelaki di Kilometer 281.8 PLUS arah utara.

“Selepas mendapat pengesahan daripada Balai Polis Nilai, semua ahli keluarga terutama ibu dan ayah terkejut.

“Ahli keluarga berasa s3dih dengan pem3rgian adik, namun reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata mayat Ahmad Farid yang beralamat Durian Tunggal Alor Gajah, Melaka itu ditemui orang awam sebelum mereka memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Nilai.

Menurutnya, punca kematian belum dapat dipastikan dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk di bedah sias4t.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Kini

Sumber : BH

Be the first to comment on "‘Arw4h solat lebih lama berbanding biasa’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*