Wanita Cantik Mengaku Guna ‘Kabel’ Polis Dpt Rentas Negeri, Sekali PDRM Respon Dan Mereka Pun PeIik

 

” Dah ada surat dari ketua polis dari Dungun so kena buat pengesahan jer kat sini. Jangan dengki la kita memang boleh balik haha..kabel kita kemas keming”

Itu antara status dimuatnaik seorang wanita bernama Siska Qirana yang berjaya rentas negeri dan balik kampung kerana menggunakan ‘kabel’ seorang polis berpangkat sarjan.

Susulan itu, terbaru, polis hari ini menafikan memberi layanan istimewa kepada seorang wanita untuk melakukan perjalanan rentas negeri dari Dungun, Terengganu ke Putrajaya seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Wanita tersebut memuat naik status di aplikasi WhatsApp dan mesej dengan seorang sarjan polis mendakwa dapat pulang berhari raya kerana mempunyai ‘kabel’.

Tindakan itu akhirnya mendapat kec4man warganet yang tidak berpuas hati selain turut memberi imej buruk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebab kenapa kelulusan diberikan..

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, perkara yang dimaklumkan wanita terbabit itu tidak benar.

” Kita sudah beri kelulusan kepadanya pada hujung April lalu selepas polis di Putrajaya memaklumkan taska wanita terbabit dipecah masuk.

” Kebenaran diberikan untuk dia menyelesaikan urusan berkaitan taskanya dan dia sudah bergerak ke sana (Putrajaya) pada 27 April lalu.

” Wanita terbabit juga sudah mendapat kelulusan untuk kembali ke daerah ini memandangkan anak-anaknya ditinggalkan di sini (Dungun) bersama keluarganya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baharudin berkata, tidak timbul isu layanan istimewa atau ada ‘orang dalam’ kerana kebenaran diberikan selepas menilai pelbagai perkara.

Polis pun pelik, apa motif wanita itu..

Menurutnya, pihaknya terkilan dengan tindakan wanita itu memuat naik status sedemikian sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.

” Kita tidak tahu mengapa dia bertindak sedemikian sedangkan kebenaran diberikan bukan kerana mempunyai orang dalam, sebaliknya atas dasar keperluan untuk membantu siasatan kes di Putrajaya,” katanya.

‘Petik’ Nama Polis Dungun

Sebelum ini seorang wanita telah bertindak memuat naik status di IG story memberitahu bahawa dia dapat pulang ke kampung kerana mempunyai ‘kabel’.

Dia turut memuat naik perbualan WhatsApp di Instagramnya dan dengan bangganya meminat supaya orang lain tidak cemburu dengannya.

Beberapa screenshot telah dimuat naik di Facebook dan telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan.

Ini menunjukkan contoh yang tidak elok tambah lagi apabila dia telah memetik nama pegawai p0lis yang memberikan kebenaran untuknya.

Rata-rata netizan mahu tindakan di ambil ke atas wanita tersebut

PDRM patut ambil tindakan ke atas perempuan tu.

1. Sebarkan berita palsu.

2. Mencemarkan imej PDRM.

3. Fitnah ke atas PDRM.

Buktikan dgn ambil tindakan terhadap wanita tersebut, jika tidak sukar utk rakyat percaya kata2 tersebut malah akan dianggap cuba sembunyikan kesalahan. Harap pihak #PDRM tegas dlm perkara yg melibatkan imej PDRM sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Kini

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Wanita Cantik Mengaku Guna ‘Kabel’ Polis Dpt Rentas Negeri, Sekali PDRM Respon Dan Mereka Pun PeIik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*