Wany Hasrita Terima Naskah Al-Quran Daripada Raja Arab Saudi

 

Beruntungnya Wany Hasrita menerima naskah Al-Quran hasil sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini. Difahamkan, Al-Quran tersebut meliputi pelbagai terjemahan bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Menerusi Instagram Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), pengerusinya Dato Ahmad Tajuddin Idris mengaturkan pertemuan Wany dan ibunya bersama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.

Pertemuan tersebut adalah kesinambungan daripada jemputan haji yang diterima penyanyi itu dari kerajaan Arab Saudi pada tahun lalu.

Wany juga dilihat turut berkongsikan foto pertemuan itu serta meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Raja Salman di atas pemberian yang cukup istimewa itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, #terimakasihrajasalman . @ilmuanmalaysia 🙏🏻

A post shared by WH (@wanyhasrita) on

Untuk pengatahuan ramai, sebanyak 20,000 naskhah Al-Quran sumbangan Raja Salman Abdulaziz Al Saud akan diagihkan pada tahun ini ke seluruh Malaysia sebagai penghargaan dan kasih baginda kepada rakyat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Kini

Sumber : ROTIKAYA

Be the first to comment on "Wany Hasrita Terima Naskah Al-Quran Daripada Raja Arab Saudi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*