Ahmad Idham kembali jadi CEO Finas, Sekali Zed Zaidi pesan kena faham mana kawan, mana lawan

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menyambut baik pelantikan semula Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada Jumaat lalu.

Menerusi laman Instagram, Zed atau nama sebenar Rozaidi Jamil mengucapkan tahniah kepada Ahmad Idham dan berharap pengarah itu belajar daripada kesilapan lalu.

“Tahniah my bro Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO Finas. Satu sahaja yang saya nak pesan belajar daripada kesilapan lepas.

“Kena faham mana kawan, mana lawan dan yang paling penting jangan meroyan!

Zed Zaidi ucap tahniah kepada Ahmad Idham.

“Belanja makan durian tak apa sebab dah musim,” tulis Zed di laman tersebut pada Sabtu.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan Finas mengumumkan pelantikan semula Ahmad Idham sebagai CEO agensi itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Jun hingga 6 Jun 2022.

Ahmad Idham bersama bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac.

Pada 9 Disember tahun lalu, permohonan Ahmad Idham untuk menamatkan perkhidmatannya setahun lebih awal iaitu pada 10 Mac lalu atas sebab peribadi diluluskan agensi berkenaan.

Justeru itu, Zed meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Finas meluluskan permohonan tersebut tanpa merujuk kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo terlebih dulu.

Zed mendakwa ada pihak berkepentingan cuba campur tangan dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO.

Hans Isaac ‘tekan’ Ahmad Idham? Persatuan seni bongkar sikap Pengerusi Finas

Sebelum ini timbul kontroversi membabitkan kedudukan Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), sehingga muncul dakwaan mengaitkan campur tangan pengerusi badan itu, Datuk Hans Isaac.

Menurut beberapa persatuan seni menerusi sidang media pada Selasa, Hans didakwa banyak mempengaruhi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo dalam membuat keputusan.

Wakil mereka yang juga Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Kapten (K) Khir Mohd Noor berkata, Hans juga didakwa menganggu tugasAhmad Idham sebagai CEO Finas.

“Sekarang banyak kelemahan… Ahmad Idham yang baharu mahu bertugas sudah diberhentikan oleh pengerusi, Hans Isaac.

“Semenjak jadi pengerusi Finas (Hans) banyak mempengaruhi menteri (Gobind) terutamanya sesuatu perkara yang dibawa Ahmad Idham.

“Saya sendiri mewakili tujuh persatuan yang ada di sini menuntut Hans dan menteri untuk meletakkan jawatan kerana banyak kegagalan yang berlaku sepanjang tempoh dua tahun ini,” kata Khir dalam satu sidang media khas yang diadakan di Restoran Al Andalus, Kuala Lumpur.

Tiga bulan letak jawatan Ahmad Idham kembali jadi CEO Finas

SELEPAS hampir tiga bulan melepaskan jawatan sebegai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik semula menerajui agensi itu berkuatkuasa Jumaat.

Ahmad Idham, 46, yang dihubungi meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ahli lembaga pengarah dan pengerusi Finas, Zakaria Abd Hamid serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah atas kepercayaan terhadapnya.

“Alhamdulillah, selepas hampir tiga bulan berehat saya kembali semula ke Finas. Saya sangat bersyukur kerana mendapat kepercayaan daripada pihak Finas dan juga Datuk Saifuddin Abdullah.

“Sebenarnya tarikh akhir saya bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekulif pada 11 Mac lalu tapi ketika itu saya hanya mendiamkan diri saja mengenai perkara itu kerana menganggap ia perkara biasa yang berlaku,” katanya kepada mStar.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Finas mengumumkan pelantikan semula Ahmad Idham sebagai CEO agensi itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Jun hingga 6 Jun 2022.

Pada 9 Disember 2019, permohonan Ahmad Idham untuk menamatkan perkhidmatannya setahun lebih awal iaitu pada 10 Mac lalu atas sebab peribadi diluluskan agensi berkenaan.

Saya sudah bersedia dan memang perlu bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan selepas ini.

Dalam pada itu, Ahmad Idham memberitahu dia sudah melakukan persiapan untuk menghadapi cabaran baharu dan akan bekerja keras untuk membangkitkan semula sektor ekonomi industri kreatif.

“Selama hampir tiga bulan ini, saya sudah mempersiapkan diri dengan membuat kajian dan membaca segala teori mengenai bagaimana untuk membangkitkan semula industri seni dalam sektor ekonomi.

“Jadi, saya sudah bersedia dan memang perlu bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan selepas ini memandangkan industri seni sangat terkesan disebabkan krisis penularan wabak Covid-19,” ujarnya.

Ahmad Idham akan bekerja keras untuk membangunkan sektor ekonomi industri kreatif.

Selain itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Finas turut berterima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan terhadap pembangunan semula sektor ekonomi terutama industri kreatif negara yang terjejas akibat wabak Covid-19 dengan memperkenalkan insentif dan dana.

Finas juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM225 juta sebagai insentif rangsangan ekonomi kepada industri ini melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaya

Sumber : http://musangviral.com/

Be the first to comment on "Ahmad Idham kembali jadi CEO Finas, Sekali Zed Zaidi pesan kena faham mana kawan, mana lawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*