Kerajaan Agih Bantuan, Sekali Neelofa, DS Siti Nurhaliza Mula Bersuara

 

KUALA LUMPUR: Penggiat seni menyokong usaha kerajaan melaksanakan program dan menyediakan kemudahan kewangan berjumlah RM225 juta bagi pelan pemulihan industri kreatif dan seni.

Bantuan khas diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pembentangan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, semalam.

Program bakal dilaksanakan menerusi kerjasama bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures dan swasta.

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, beliau melihat usaha dan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan yang berlaku kepada warga seni.

“Mungkin jumlah tidak terlalu banyak, tetapi saya percaya cukup untuk menggerakkan kembali kesuraman industri seni sejak kebelakangan ini.

“Apa sahaja yang memberikan kemudahan, peluang dan kebaikan kepada industri seni, tentulah perkara yang dialu-alukan. Skop industri kreatif dan seni luas dan banyak cabang, semoga penggiat seni mendapat manfaatnya.

“Saya yakin berita ini memberikan kelegaan kepada golongan terjejas. Sekurang-kurangnya, bantuan diberikan boleh dimanfaatkan untuk survival penggiat seni,” katanya kepada BH Online.

Pengarah Urusan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berharap, industri kreatif diberikan bantuan untuk pembangunan yang lebih pesat.

“Saya sudah lama mengusulkan pembukaan Taman Tema Upin dan Ipin. Dengan adanya taman itu, dapat membangunkan pelbagai sektor seperti pembangunan insan, pelancongan dan perniagaan.

“Upin dan Ipin adalah jenama tempatan yang semakin terkenal. Lihat sahaja impak Fizi, baru-baru ini. Bila lagi kita mahu memanfaatkan populariti Upin dan Ipin untuk negara?,” katanya.

Bagaimanapun, Burhanuddin bersyukur apabila kerajaan memandang berat pada pembangunan industri animasi dan kreatif.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shiraz Projects, Shirazdeen Karim terkejut apabila kerajaan mengeluarkan dana besar bagi membantu pemulihan industri seni dan kreatif.

“Saya harap bantuan dapat diagihkan dengan segera, tidaknya dalam tempoh satu atau dua bulan. Ini kerana banyak perniagaan terjejas teruk akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semoga proses mendapatkan wang bantuan ini dipermudahkan. Janganlah pula berdepan dengan kerenah birokrasi dan meletakkan pelbagai kriteria hingga menyukarkan warga seni mendapatkan bantuan.

“Bantuan seharusnya diberikan kepada mereka yang memerlukan. Shiraz Projects sendiri mengalami kerugian bukan sedikit selepas banyak konsert terpaksa dibatalkan hingga hujung tahun berikutan COV1ID-19,” katanya.

Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, tidak menyangka keluhan warga seni mendapat perhatian daripada Perdana Menteri.

Sejak tempoh PKP dilaksanakan, bukan pekerja seni dan pelakon, malah penerbit juga terjejas teruk berikutan penggambaran ditangguhkan dalam tempoh lama.

“Saya sendiri terpaksa menanggung kerugian apabila dua filem, Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3 yang bernilai RM10 juta tidak dapat ditayangkan, tahun ini.

“Jadi, ia membuatkan saya terpaksa berkira-kira untuk menghasilkan filem seterusnya. Mudahan bantuan kerajaan dapat meringankan kesakitan yang ditanggung penggiat seni,” katanya.

Selebriti dan usahawan, Neelofa berharap peruntukan yang diberikan kerajaan dapat memberi lebih ruang untuk penggiat seni berkarya dalam situasi mencabar ini.

“Pandemik COVID-19 membuatkan penggiat seni perlu menjadi lebih kreatif disebabkan kekangan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

“Menerusi bantuan kerajaan, saya yakin lebih banyak kandungan bermutu terhasil, sekali gus dapat memacu industri seni, budaya dan hiburan. Jadikan, bantuan dan peluang ini sebagai satu titik permulaan ke arah pembangunan pesat dan kompetitif,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaya

Sumber : http://www.applehijau.bbn.my/

Be the first to comment on "Kerajaan Agih Bantuan, Sekali Neelofa, DS Siti Nurhaliza Mula Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*