“Bau dia gampa*g hanyir” – [VIDEO] Lelaki Kongsi Kisah Mistik Kereta Ditumpang Pocong Pukul 2 Pagi

 

Orang tua-tua selalu cakap, kalau ternampak hantu, jangan terlalu berani dan jangan terlalu takut. Bila kita takut, benda ni lagi syok dia nak kacau, kalau berani sangat benda ni anggap kita macam mencabarnya. 

Ingat, dunia ini bukan saja dihuni oleh manusia, malah turut dihuni oleh makhluk lain yang tidak nampak dengan mata kasar cuma kita boleh rasa kehadirannya.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Wan Chiang baru-baru ini, dia telah kongsikan pengalaman seramnya apabila kereta yang dipandunya itu ditumpangi oleh makhluk halus.

Wan Chiang atau nama sebenarnya Muhammad Afif Izwan dipercayai berada dalam perjalanan dari Ipoh ke Teluk Intan dan sudah lewat malam kira-kira 2:30 pagi

Ketika dia berada di kawasan Tanjung Keramat, di sedar ada bau hanylr di dalam kereta. Pada mulanya ingatkan bau kelapa sawit, bila toleh ke cermin belakang ada ‘Cik Cong’ tengah tumpang. Aduhaii…problemlah Cik Cong ni.

Menurutnya, mungkin kerana experience dia sebelum ini, bila tahu ada benda yang menumpang perasaan terkejut dan takut tu tak adalah teruk sangat.

Katanya kepada Lobak Merah, kawasan itu dikirakan hotspot kemal4ngan berlaku, bila pemandu dikacau oleh makhlvk ini, mereka akan cemas dan terbabas di sisi jalan.

Tambahnya lagi, jangan takut sangat dengan makhlvk ini. Kalau boleh beranikan diri sebab mereka juga sebenarnya takut pada kita.

Memang dunia kita dihuni oleh makhlvk ini, inga tsatu benda. Allah tak akan izinkan dia buat perkara bukan-bukan pada kita. Dia tak boleh sentuh kita, hanya boleh tunjuk rupa sahaja. Kecuali kalau sihlr, itu lain pula ceritanya..” – Muhammad Afif Izwan

Ini pesanan Afif Izwan khas untuk pembaca Lobak Merah, dia telah kongsikan beberapa teknik kalau kita dikacau oleh makhluk ini.

Kalau dikacau cubalah baca ayat qursi, if tak menjadi korang memang kena cuba teknik maki ni. Kalau tak makan saman juga, korang berhenti tepi jalan kemudian pusing tengok dia. Percaya la, mesti hilang sebab makhlvk ni tak berani tunjuk diri depan-depan.” – Muhammad Aifi Izawan

Ini video selepas di edit brightness, korang boleh nampak benda tu tengah tunduk. Mungkin segan sebab kena record kowt.

Posted by Wan Chiang on Monday, June 8, 2020

Kalau min yang kena, min mampu nangis je. Bukan nangis takut, tapi bau hanyl;r tu tak boleh tahan boleh naik pening weyh..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaya

Sumber : LOBAK MERAH

Be the first to comment on "“Bau dia gampa*g hanyir” – [VIDEO] Lelaki Kongsi Kisah Mistik Kereta Ditumpang Pocong Pukul 2 Pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*