“Lagi Lasak Lagi Tinggi Hantaran Kahwin Kan…” – Ahirine Pernah Ret4k Tulang Dada, J4tuh Main Motor

Bekas wartawan penyiaran HLive, Ahirine Ahirudin tidak akan berhenti daripada melakukan sukan lasak dan aktiviti permotoran.

Minat yang mendoronnya ke arah itu, tambah Ahirine biarpun banyak kali mengalami kecederaan kerana hobi terbabit, ia tidak pernah mematahkan semangatnya.

“Saya banyak kali melalukan aksi lagak ngeri termasuklah filem lakonan saya sendiri seperti Remp-It 1, siri The Bridge dan Gol & Gincu sebelum ini.

“Soal cedera itu saya letak tepi sebabkan minat. Adalah banyak kali ceder4 tu, sekitar dua tahun lepas saya tercampak dari motor macam Superman ketika sedang buat aksi lagak ng3ri. Masa itu saya alami minor fracture pada tulang dada.

“Tapi itulah diri saya, orang yang tak pernah serik buat aktiviti lasak. Kadang-kadang takut tapi pada masa sama seronok!” ceritanya kepada Gempak.

Ditanya tak bimbang soal susutnya wang hantaran apabila gadis cantik sepertinya terlibat dengan sukan lasak hingga berdepan kecederaan, jawab Ahirine berseloroh; “Saya rasa kalau perempuan itu lagi lasak, lagi tinggilah wang hantaran mereka.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahirine, or E 🇲🇾 (@ahirineahirudin)

Ahirine, 26, ditemui pada majlis pelancaran filem Gadis Jolobu The Movie di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam filem berkenaan, Ahirine diangkat sebagai heroin bergandingan bersama Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud.

Kini, Ahirine berkampung selama sebulan di Kampung Lonek, Negeri Sembilan demi tuntutan watak dan penggambaran filem berkenaan.

Gadis Jolobu The Movie dijangka ditayangkan pada Jun ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Lagi Lasak Lagi Tinggi Hantaran Kahwin Kan…” – Ahirine Pernah Ret4k Tulang Dada, J4tuh Main Motor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*