“Pejuang terbaik tidak pernah m4rah..” -Isu babak p4nas Zul Ariffin, Erma kata kebenaran akan didedahkan

Kuala Lumpur: “Insya-Allah, kebenaran akan didedahkan tidak lama lagi.”

Demikian kata penerbit dan pelakon, Erma Fatima membabitkan video ‘teaser’ drama terbitan syarikatnya, Perempuan Itu yang tular hingga mencetuskan kontroversi selepas dimuat naik pelakon Zul Ariffin, semalam. 

Erma menerusi hantaran di Instagram memuat naik gambar harimau kumbang yang sedang bertapa dan tertera tulisan ‘Pejuang terbaik tidak pernah marah’ dalam bahasa Inggeris. 

Selain itu, Erma turut memuat naik hantaran video yang memaparkan babak pelakon drama itu, Mimi Lana dirot4n oleh bapanya yang dilakonkan oleh Eman Manan. 

Erma bagaimanapun menutup ruangan komen di Instagram sekali gus menghalang netizen untuk melontarkan komen mereka. 

Terdahulu, di pelbagai platform media sosial, heboh mengenai babak dalam drama Perempuan Itu yang memaparkan aksi p4nas antara pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa. 

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Erma juga gagal apabila panggilan telefon tidak berjawab. 

Bukan sahaja Erma, bahkan, Zul, Mimi, dan Hariesa juga tidak menjawab panggilan telefon. 

Bagaimanapun, video yang dimuat naik Zul sudah dipadam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "“Pejuang terbaik tidak pernah m4rah..” -Isu babak p4nas Zul Ariffin, Erma kata kebenaran akan didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*