“Tak main bagi tong gas..” -Member jadi pengantin, lelaki hadiahkan kambing siap pakaikan reben di leher

Baling: “Sebenarnya saya tidak tahu nak hadiahkan apa buatnya dan akhirnya pilih kambing. Niat saya adalah untuk sedekah,” kata penternak lembu, Ahmad Zikri Mohamad Zuki.

Kisah Ahmad Zikri, 30, menghadiahkan kambing buat pasangan pengantin yang juga rakan baiknya, Muhammad Aiman Izham, 30, ketika hadir ke majlis mempelai itu menarik perhatian netizen selepas tular satu video di TikTok.

Video

@denhsx selamat pengantin baru sobat! #fy #pengantindapatkambin ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Sehingga kini, video itu meraih lebih 580,000 tontonan.

Bercerita lanjut, Ahmad Zikri dari Kampung Tok Sin Mukim Bakai, Kuala Ketil, di sini berkata, dia diundang dan hadir ke majlis perkahwinan Muhammad Aiman semalam.

Disebabkan enggan datang dengan tangan kosong, Ahmad Zikri nekad membawa seekor kambing jantan berumur dua tahun untuk dihadiahkan buat Muhammad Aiman.

“Ayah saya baru meninggal dunia pada minggu lalu dan sebelum ayah pergi lagi, saya sudah simpan niat untuk hadiahkan rakan kambing pada majlis perkahwinannya.

“Lagipun, dulu saya ada pelihara kambing dan rakan saya itu yang tolong buat kandangnya.

“Mengenangkan pertolongannya dan persahabatan kami, saya hadiahkan kambing,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ahmad Zikri yang juga bapa dua anak berkata, dia pernah menyuarakan hasratnya itu kepada rakannya.

Bagaimanapun, rakannya itu mungkin menganggapnya berseloroh saja kerana jarang tetamu menghadiahkan pengantin haiwan.

“Dia ingat saya main-main agaknya atau datang membawa daging kambing yang sudah dimasak.

“Jadi, dia memang terkejut apabila ternampak saya datang membawa kambing.

“Tak sangka pula kisah itu tular kerana selain sedekah, niat saya adalah untuk beri pahala kepada bapa saya dan ibu bapa, rakan yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Aiman tidak menyangka Ahmad Zikri akan menghadiahkan kambing pada hari perkahwinannya.

“Dia (Ahmad Zikri) memang ada beritahu nak hadiahkan kambing tapi saya ingatkan daging yang sudah disembelih.

“Rupanya, dia datang bawa kambing yang masih hidup lagi jadi terkejut juga.

“Buat masa ini, kambing itu ada di rumah ayah angkat saya dan perancangannya adalah untuk korbankan kambing itu untuk kenduri arwah ibu bapa kandung saya dan bapa Ahmad Zikri,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "“Tak main bagi tong gas..” -Member jadi pengantin, lelaki hadiahkan kambing siap pakaikan reben di leher"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*