“Ibu, hɑrini ɑdik mɑsuk tɑdikɑ…”-Kɑnɑk2 perempuɑn ini mintɑ bɑwɑnyɑ singgɑh ke ‘rumah’ ibu lepɑs hɑbis sekolɑh

Semalam bermulanya sesi persekolah baru untuk penggal ini. Pelbagai drama dapat dilihat terutamanya mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di sekolah.

Selain daripada anak-anak yang berasa teruja, ibu bapa turut sama berdebar melihat zuriat mereka melangkah masuk ke sekolah buat kali pertama.

Hal ini lain pula ceritanya dengan perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @sweetiepi418 apabila berkongsi momen hiba berkaitan anak buahnya yang kali pertama hadir ke sekolah tadika.

Menurut @sweetiepi418,  ibu kepada kanak-kanak tersebut sudah men1nggal dun1a dan hanya bapa serta ibu saudaranya sahaja yang mengalas tanggungjawab menghantarnya ke sekolah.

Video:

@sweetiepi418

done kuturuti

♬ original sound – 💐Seindah NamaMu💐

Apa yang menyedihkan adalah permintaannya anak buah kepada pengguna Tiktok itu yang mahu ke pusara ibunya selepas habis sesi persekolahan kerana mahu memberitahu yang dia sudah masuk ke sekolah.

Disebabkan dia tidak menangis sewaktu di sekolah, mereka telah menunaikan janji untuk sama-sama ke tanah perkubvran.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat situasi berkenaan kerana memang sukar bagi seorang anak kecil perlu berdikari tanpa kehadiran seorang ibu.

Namun begitu, mereka juga sempat menitipkan doa agar kanak-kanak perempuan itu membesar menjadi anak yang solehah serta mampu membanggakan orang tua.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TikTok @sweetiepi418  via sinarviral

Be the first to comment on "“Ibu, hɑrini ɑdik mɑsuk tɑdikɑ…”-Kɑnɑk2 perempuɑn ini mintɑ bɑwɑnyɑ singgɑh ke ‘rumah’ ibu lepɑs hɑbis sekolɑh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*