Koleksi Gambar Nelydia Senrose Bertudung Yang Terbaru, “Memang Cantik Sangat!!”

Kuala Lumpur: Pelakon Nelydia Senrose, 27, tidak mahu perubahan imejnya yang kini bertudung menjadi perhatian peminat. 

Nelydia yang mula bertudung sebaik pulang daripada mengerjakan umrah Disember lalu berkata, dia kini dalam proses istiqamah dalam hidup. 

“Saya sebenarnya tak berani nak ulas sangat perkara ini kerana saya sebenarnya masih dalam proses pembelajaran.

“Saya nak jalani proses penghijrahan ini perlahan-lahan tapi pasti. Memang saya nak ke arah itu. Saya cuma tak berani cakap lebih.

“Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam,” katanya.

Nelydia yang akan tampil dengan drama bersiri Khilaf Asmara sempena Ramadan ini di TV3 berkata, dia kini mahu menjadi muslimah yang lebih baik berbanding dahulu.

“Saya akui bimbang sekiranya hati berbolak-balik. Apapun saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.

“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.

“Hari ini okey, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya.

Ini antara 6 gambar terbaru Nelydia bertudung:

Nelydia berkata, keputusan bertudung tidak menjejaskan karier seninya. Malah dia sudah mendapat tawaran membintangi beberapa telefilem selepas ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Koleksi Gambar Nelydia Senrose Bertudung Yang Terbaru, “Memang Cantik Sangat!!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*