“Kecoh Lecturer Hin4 Pelajar B40” -Ini Rupanya Maksud B40 M40 Dan T20 Yang Ramai tak tahu

Sejak semalam, tuIar di media sosiaI berkenaan satu video seorang pensyarah memarahi seorang peIajarnya menerusi kelas online sehingga membuatkan ramai yang bngang.

Mana tidaknya, ketika saIah seorang pelajarnya menjawab soalan yang dikemukakan, secara tiba-tiba dia bertanya perihal peranti yang digunakan.

Video

@arifeddy Sampai hati cakap macam tu dengan orang susah 😭 #lectureruitm #uitm #professorroshana #roshanatakim #uitmseriiskandar #uitmshahalam #fyp #fypmalaysia #viral ♬ original sound – Arif Eddy

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan golongan B40 dan siapa pula yang tergolong dalam kumpulan M40 serta T20?

B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia

Maksud Golongan B40, M40 Dan T20 Isi Rumah Mengikut Jumlah Pendapatan

Berikut MYsumber kongsikan makna sebenar serta ciri-ciri yang dimaksudkan dengan istilah atau takrifan B40, M40 dan T20 bagi rujukan rakyat Malaysia

Pengelasan Baharu Isi Rumah 

Berdasarkan Jabtan Perangkaan Malaysia (2020) pengelasan baharu isi rumah adalah:

Tafsiran B40, M40 Dan T20

Terdapat tiga (3) jenis kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah di Malaysia iaitu:

B40

  • Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah
  • Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
  • Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850

M40

  • Dikenali sebagai Middle 40 adalah kumpulan isi rumah pertengahan
  • Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
  • Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970

T20

  • Dikenali sebagai Top 20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi
  • Penduduk Malaysia adalah 20 % terdiri daripada golongan ini
  • Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas

Kumpulan isi rumah miskin iaitu berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) di mana nilai PGK nasional sekarang adalah RM2,208 sebulan

Inisiatif Kerajaan Melalui Belanjawan 2020

Terdapat pelbagai program dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu membasmi ketidak seimbangan sosioekonomi dalam kalangan rakyat. Antara yang utama adalah:

  1. Bantuan kewangan dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada 4 jenis penerima berpendapatan seisi rumah RM4,000 ke bawah
  2. Skim MySalam diperkenalkan. Skim ini memberi perlindungan kesihatan takaful percuma bagi semua isi rumah penerima BSH yang berumur 18 hingga 55 tahun. Bayaran tunai sebanyak RM 8 ribu serta elaun hospital kerajaan harian RM 50/hari (maksimum 14 hari) akan diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal
  3. Skim PeKa B40 akan diperluas kepada individu 40 tahun ke atas pada 2020 berbanding 50 tahun ke atas pada tahun lepas
  4. Gaji minimum akan dinaikkan dari RM1,100 kepada RM1,200 di bandar-bandar utama
  5. Elaun sara hidup nelayan akan dipertingkat sebanyak RM 50 kepada RM 250 sebulan
  6. Dan pelbagai lagi dari sektor pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mysumber.com

Be the first to comment on "“Kecoh Lecturer Hin4 Pelajar B40” -Ini Rupanya Maksud B40 M40 Dan T20 Yang Ramai tak tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*