“Kot Ye Pun Takde ‘Job’..” – Waris ‘Rap’ Dalam Majlis Agama, Jelas Muka-Muka Ustaz Tak Selesa

Terbaharu, tular sebuah video di platform Facebook memaparkan seorang penyanyi rap dari Negeri Sembilan iaitu Waris menyanyikan sebuah lagu rap dalam majlis agama.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana jelas terpampang raut wajah ustaz-ustaz di situ berasa kurang selesa dengan persembahan penyanyi itu kerana dianggap kurang sesuai.

Melihat dari video yang dimuat naik oleh seorang pengguna itu, seorang ustaz menundukkan kepalanya sambil dipegang, manakala yang lain pula tercengang melihat Waris.

Video

Didapati video yang baru saja dimuat naik beberapa jam yang lalu telah mendapat perhatian ramai, sehingga ditonton sebanyak 50,000 kali dan lebih 400 komen dari netizen yang ditinggalkan di ruangan komen.

komen facebook

Meninjau di ruangan komen, hampir kesemua netizen meninggalkan komen berunsur kecaman terhadap penyanyi rap itu kerana berasa ia sememangnya tidak sesuai untuk dilakukan, lagi-lagi berada di majlis agama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : beautifulnara

Be the first to comment on "“Kot Ye Pun Takde ‘Job’..” – Waris ‘Rap’ Dalam Majlis Agama, Jelas Muka-Muka Ustaz Tak Selesa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*