“Lantak mereka…” -Normah Damanhuri Tak Kisah Dikec4m Berikutan Video Anaknya, Kak KM

Petaling Jaya: “Buat apa nak tutup Instagram? Mereka punya pasal, saya kena nak tutup IG? Boleh belahlah. Lantak merekalah. Apa susah, kalau mereka cakap yang menyakitkan hati, sekat saja,” kata pelakon veteran Normah Damanhuri. 

Ia susulan kecaman demi kec4man yang diterimanya berikutan hantaran video anaknya Liana Rosli atau Kak KM yang dianggap keterlaluan di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lianarosli Official (@kmfavourite.testimoni)

Normah, 69, berkata, sampai bila dia perlu mendengar cakap warganet kerana di mata mereka, ada saja yang tidak kena pada keluarganya.

“Perkara yang baik mereka bukan nak puji, asyik nak cari salah sahaja. Saya bersedia terima komen tapi lebih suka pilih diam. Biar mereka nak cakap apa. Yang penting saya tahu kerja saya. Biarlah setakat mana mereka nak cakap. Kalau saya jawab nanti lagi mereka s4kit hati dan lagi panjang cerita. 

“Saya bimb4ng kalau saya keluar kenyataan yang lagi pedlh. Jadi malaslah nak jawab. Lantaklah mereka nak cakap apapun,” katanya ditemui pada pelancaran filem 3 Janda Menawan Dunia di GSC One Utama, Petaling Jaya, semalam.

Filem arahan Hyrul Anuar ini menggandingkan Normah dengan Rosnah Mat Aris dan Raja Azura. 

Normah turut memaklumkan, dia jarang membalas kec4man peminat di Instagram dan hanya membalas apabila terlalu ger4m.

“Mereka asyik nak cari salah sahaja. Yang cantik-cantik kita bagi tak pula mereka puji. Cubalah seimbangkan. Yang salah, salahlah dan yang baik pujilah. Nak keji atau puji, bagi seimbanglah. Tak bolehkah cakap baik-baik. Kenapa cakap meny4kitkan hati orang? Saya terus sekat, senang cerita. Kalau yang tak teruk, saya padam dulu, kalau masuk lagi baru sekat. 

“Saya sudah bagi am4ran kalau kurang ajar dan bi4dap, saya akan sekat. Saya memang mengadu perkara ini pada anak-anak dan mereka lar4ng saya tengok IG dan baca komen kerana bimbang saya m4rah serta sus4h hati,” katanya.

Normah berkata, dia bukan hamba media sosial dan hanya berkongsi perkara perlu seperti hubungan kekeluargaan mereka. 

“Ada perkara penting saya masukkanlah. Benda seronok, berrgembira dengan keluarga dan ada yang kata suka.

“Ia contoh keluarga bahagia berkasih sayang. Bukankah perkara ini bagus? Dalam ada ramai-ramai yang mendoakan, mesti ada seorang yang mengejl. Tolonglah adil bagi komen,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "“Lantak mereka…” -Normah Damanhuri Tak Kisah Dikec4m Berikutan Video Anaknya, Kak KM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*