Pemuda Beli Motosikal Guna Duit Syiling RM14 Ribu, “3 Tahun Simpan Duit!!”

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki di Tamil Nadu, India yang membeli motosikal menggunakan wang syiling satu rupee berjumlah 2.6 Lakh (kira-kira RM14,436).

10 jam kira wang syiling

Memetik laporan Times of India, V Boopathi, yang merupakan seorang YouTuber itu berjaya membawa pulang motosikal model Bajaj Dominar 400 dari bilik pameran di Salem selepas melalui proses pengiraan yang mengambil masa lebih 10 jam.

Difahamkan dia menggunakan kereta sorong untuk menghantar bungkusan mengandungi syiling itu kepada kakitangan premis berkenaan.

Guna wang hasil daripada saluran YouTube

Menurut Boophati, dia telah bertanya harga motosikal impiannya itu sejak tiga tahun lalu. Sejak dari itu dia mengumpul duit siling sedikit demi sedikit untuk membeli motosikal yang berharga kira-kira RM11,109.

Saya meyakinkan pengurus premis untuk menerima syiling satu rupee dan juga memberi jaminan untuk mengambil tanggungjawab menukarnya kembali kepada mata wang sekiranya menghadapi sebarang masalah.

Difahamkan pada mulanya, pengurus jualan di bilik pameran kenderaan itu berat hati menerima bayaran dalam bentuk syiling. Bagaimanapun, kerana tidak mahu mengecewakan pelanggannya, dia akhirnya mengalah.

Sumber: Times of India

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : oBulan

Be the first to comment on "Pemuda Beli Motosikal Guna Duit Syiling RM14 Ribu, “3 Tahun Simpan Duit!!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*