Tanpa Dos Penggalak? HiIang Status Lengkap Vaksin? Jangan Risau. Anda Masih Boleh Solat Tarawih Di Surau Dan Masjid

Individu yang hilang status lengkap vaksin bermula 1 April ini masih boleh melakukan aktiviti yang sama seperti sebelumnya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) berkata, mereka yang tidak mendapat dos penggalak selepas 31 Mac 2022 sehingga hilang status lengkap vaksin masih lagi boleh melakukan aktiviti yang sama seperti mereka yang lengkap divaksinasi.

Ini termasuklah melakukan aktiviti-aktiviti seperti makan di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadat.

Nak berbuka puasa di restoran dan hotel pun boleh. Nak solat tarawih berjemaah di surau dan masjid pun boleh. Tak jadi masalah. Ini serius dan bukan lawak April Fool’s.

Astro Awani

Sebelum ini, KJ telah mengumumkan semua penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas akan kehilangan status vaksinasi lengkap dalam aplikasi MySejahtera sekiranya mereka belum menerima dos penggalak.

Namun menurutnya lagi, maklumat sejarah vaksin primer yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera masih kekal.

“Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu pastikan bahawa hanya pelanggan atau pengunjung yang telah sekurang-kurangnya melengkapkan vaksinasi dos primer dibenarkan masuk ke premis perniagaan, rumah ibadat dan lain-lain yang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada BERNAMA.

Seseorang individu hanya diiktiraf sebagai lengkap vaksinasi dos primer apabila memenuhi kriteria seperti bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

“Pemakluman SOP terbaharu ini bagaimanapun bukan bermaksud penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin berusia 60 tahun dan ke atas tidak perlu mendapatkan dos penggalak,” tambah KJ lagi.

Beliau turut mengingatkan pengambilan dos penggalak akan meningkatkan semula paras antibodi dalam tubuh, seterusnya boleh mengurangkan risiko gejala teruk akibat jangkitan COVID-19.

“Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan dan menggalakkan individu yang belum menerima dos penggalak supaya mendapatkannya dengan segera,” tegas KJ.

Sumber & kredit foto: Astro Awani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : odisi

Be the first to comment on "Tanpa Dos Penggalak? HiIang Status Lengkap Vaksin? Jangan Risau. Anda Masih Boleh Solat Tarawih Di Surau Dan Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*