Amar Bahrin Ded4h Keadaan Terkini lsteri, Dah lkhtiar Dengan Perubatan lsIam

Tanpa mengetahui sebab, pelakon Amyra Rosli mend.erita peny4kit misteri apabila mengalami s4kit sendi seluruh badan, selain kakinya bengk4k dan leb4m-leb4m sejak seminggu lalu. Ujar Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 30, ketika dihubungi, sukar untuk menggambarkan keadaan dirinya ketika ini kerana mendakwa dia tidak sakit tetapi sakit. “Susah untuk saya cakap. Saya boleh bergelak ketawa dan berlakon seperti biasa mengikut kehendak babak. Tetapi hakikatnya saya alami sakit sendi satu badan dan lbam kaki sampai tak boleh bergerak.

“Paling teruk, sakit yang dialami ini kena bahagian anggota badan yang saya gunakan untuk bekerja iaitu pergelangan tangan dan kaki. “Kesannya teruk sampai saya tak boleh nak bekerja. Kalau waktu tidur malam, nak angkat selimut yang nipis pun saya tak larat. Kalau nak angkat telefon pula, rasa berat macam angkat batu,” katanya. Ujar Amyra, dia sendiri tidak berani untuk mengaitkan sakit yang dialaminya ada kaitan dengan sejarah jangkitan Covid 19 pada 6 Mac lalu. “Selepas mengalami sakit ini, saya sudah pergi buat ujian makmal sebanyak dua kali di hospital, tapi kesudahannya doktor sendiri pun tak tahu punca atau penyakit apa yang saya sedang alami sekarang.

“Bacaan jantung, paru-paru dan cairan merah sangat baik tak ada masalah. Bacaan sangat sempurna, jadi keadaan ini buatkan saya tertanya-tanya,” katanya yang turut berikhtiar dengan cara rawatan homeopati. Pelakon, Amar Baharin, mengambil inisiatif menggunakan cara perubatan Islam sebagai ikhtiar buat isteri tercintanya yang juga pelakon, Amyra Rosli, berhubung penyakit yang dialami pelakon itu ketika ini. Pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu berkata, lbam dan bngkak di bahagian kaki yang dialami Amyra masih belum dapat dikenal pasti, walau sudah membuat pemeriksaan doktor. “Kami sudah berjumpa dengan doktor, tetapi masih tidak dapat mengenal pasti sakit apa. Cuma doktor kata ia mungkin kerana post Covid19.

“Semua ini jadi sebaik sahaja Amyra pulih dari jangkitan virus Covid 19. Jadi, kami sudah ikhtiar ke hospital kini ikhtiar untuk ruqyah pula. “Semalam cuba buat ruqyah sebagai ikhtiar. Insy-Allah, semoga Allah beri kesembuhan buat Amyra. Amin,” katanya. Mengulas lanjut, suami kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi perkembangan terkini isterinya yang masih mengalami lbam dan bngkak di kaki.Sebelum ini, Amar berkongsi mengenai keadaan isterinya itu menerusi satu perkongsian menerusi Instagram miliknya. Amar turut memberitahu keadaan itu tidak pernah berlaku kepadanya dan Amyra sebelum ini. Amyra bagaimanapun telah menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian cairan merah dalam keadaan baik. Sekadar informasi, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : dnq

Be the first to comment on "Amar Bahrin Ded4h Keadaan Terkini lsteri, Dah lkhtiar Dengan Perubatan lsIam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*