Netizen Tak Senang Tengok Yazmin Aziz Dan Danial Chuer Asyik Berpeluk, Nasihat Jaga Batas Walaupun Kawan Baik

Video memperlihatkan peserta Big Stage 2022 Yazmin Aziz dan Danial Chuer berpeluk4n setiap kali bertemu yang dimuat naik di TikTok mengundang rasa kurang senang netizen.

Sedar perkongsian itu dikec4m, Yazmin memilih untuk mengab4ikan saja komen negatif.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 20 tahun ini berkata, dia lebih teruja apabila menerima banyak mesej positif daripada netizen yang suka melihat persahabatan mereka berdua.

Video

@yazminaziz One of the things I will miss the most 🥺❤️ @danialchuer #fyp #bigstage2022 ♬ Try Again – d.ear & JAEHYUN

Komen Netizen

“Saya sedar ada segelintir netizen kurang senang dengan video tersebut. Tapi saya biar saja mereka nak komen apa saja. Sudah tentu masing-masing ada pendapat.

“Bagi saya… saya tengok pada positif komen saja. Ada lagi banyak positif komen yang suka melihat persahabatan saya dengan Danial. Itu yang buat saya gembira.

“Ramai yang mesej kata nak ada kawan seperti kami. Saya pun dah belajar untuk abaikan komen yang terlalu negatif,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Yazmin memuat naik video di TikTok memaparkan aksi dia berlari dan memeluk dengan Danial setiap kali mereka bertemu.

Hubungan rapat penyanyi berketurunan Melayu dan Filipina itu dengan Danial mula terjalin semenjak mereka menyertai program Big Stage 2022.

“Ustaz, ustaz tengok diaorang ni”

“Jem bila tengok ramai menyokong benda tak patut, dah macam orang barat”

“Tak elok berpelukkan, walaupun kawan baik, sekadar teguran” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, Yazmin memberitahu ramai peminat menyangka dia dan Danial kini bercinta gara-gara hubungan rapat itu.

“Ramai ingat kami bercinta sebab nampak rapat. Sejujurnya, Danial ini seperti abang kepada saya. Saya tak pernah ada kawan lelaki yang rapat seperti ini.

“Dia layan saya pun seperti adik-beradik. Bagi saya, dia orang penting dalam hidup saya tapi kami tak ada hubungan istimewa. Saya suka tengok komen peminat yang nak kami bersama.

“Saya dan Danial pun biarkan saja komen-komen yang menganggap kami ini bercinta,” ujarnya.

Big Stage 2022 menyaksikan penyanyi Elica Paujin menjadi juara, Danial Chuer di tempat kedua, Aisha Retno memenangi tempat ketiga manakala Yazmin keempat dan kelima milik Tegar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Netizen Tak Senang Tengok Yazmin Aziz Dan Danial Chuer Asyik Berpeluk, Nasihat Jaga Batas Walaupun Kawan Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*