Tular Lagi Video Shuk Sahar! Netizen Syak Dating Dengan Skandal Yang Sama, Kali Ni Shopping Raya!

Sejak pagi tadi, tiba-tiba tular sebuah video pelawak Shuk Sahar bersama seorang wanita di dalam sebuah pusat beli belah, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar.

Video tersebut pada mulanya dikongsi seorang warganet di TikTok sebelum dikongsi di beberapa platform media sosial lain.

Menerusi video tersebut, Shuk dilihat bersama seorang wanita namun wajah pasangannya itu tidak kelihatan kerana mereka memakai pelitup muka.

Video

@alektoropopiah best ye shuk shopping raya dgn scandal 😂😂 #fyp #foryoupage #viraltiktok #shuksahar #farah #fypシ #foryoupageofficiall #viralkan ♬ Panik Gak – DJ Cantik

Namun, rata-rata netizen meneka wanita tersebut merupakan Fara Saleh, yang pernah dikaitkan dengan pelawak tersebut tidak lama dahulu.

Malah, mereka turut mendakwa Shuk dan Fara tidak pernah menamatkan hubungan mereka malah sering dilihat bersama.

Komen Netizen

Warga TikTok turut menanda nama isteri Shuk, Rossa Sera pada hantaran tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan video di FYP TikTok itu merupakan yang terbaharu ataupun lama.

Video tersebut juga telah mendapat tontonan hampir satu juta, 26 ribu tanda suka dengan 1001 komen dan lebih 900 perkongsian.

Untuk info, kemelut rumah tangga Shuk dan isterinya masih masih belum menemui noktah walaupun sudah tiga bulan tidak sebumbung.

Sera pada November tahun lalu dikatakan telah memfailkan penceraian, namun sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan berusia 5 dan 2 tahun.

 

Sumber: Tiktok @alektoropopiah

Be the first to comment on "Tular Lagi Video Shuk Sahar! Netizen Syak Dating Dengan Skandal Yang Sama, Kali Ni Shopping Raya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*