Walaupun Berdepan S4man RM300,000, Awal Ashaari Masih Tenang Bercuti Di Turkey

Saksi-saksi plaintif dari Naz Carpentry memberi keterangan diikuti dengan defendan, hos televisyen Awal Ashaari bagi perbicaraan kes saman pelnggaran kontrak yang dijalankan melalui atas talian menerusi aplikasi Zoom di firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak yang berlangsung pada Isnin.

Pengurus krsis dan jurucakap Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari firma Saiful Ridzuan Public Relations and Communications mengesahkan yang perbicaraan kes s4man sivil itu bermula pagi tadi. Perbicaraan akan berjalan selama tiga hari dan akan bersambung pada dua hari seterusnya, 5 dan 6 April.

“Setelah berbincang dengan barisan peguam dan mendengar pendapat mereka, Naz Carpentry membuat keputusan untuk melalui proses perbicaraan bagi menyelesaikan krsis yang dihadapi,” kata Saiful Ridzuan.

Sam4n yang difailkan oleh plaintif pada Februari tahun lepas itu mend4kwa defendan, Awal Ashaari, melnggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru beliau dan memvngkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Plaintif, dalam samannya, menuntut lebih dari RM300,000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.

Naz Carpentry juga menuntut deklarasi bahawa defendan tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata pihak plaintif akan memanggil seramai dua saksi dan pihak defendan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu Awal Ashaari sendiri bagi memberi keterangan semasa kes berlangsung.

“Kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan semasa proses mediasi yang dicadangkan oleh pihak defendan sebelum ini maka barisan peguam kepada pihak plaintif akan memberikan yang terbaik bagi membela nasib anak guam semasa perbicaraan,” ujar Nurul Hafidzah.

Sebelum itu, pada November 2020, Naz Carpentry menyaman Awal Ashaari dan dua defendan yang lain setelah mend4kwa pengacara televisyen tersebut mengeluarkan kenyataan fitn4h, melakukan pembvlian siber dan ugutan undang-undang tanpa henti melalui akaun media sosial beliau.

Walaupun perbicaraan kes bermula hari ini, kita dapat lihat Awal sekeluarga masih bercuti di Turkey berdasarkan gambar yang dimuatnaiknya di laman instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Walaupun Berdepan S4man RM300,000, Awal Ashaari Masih Tenang Bercuti Di Turkey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*