Hil4ng ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Sungai Petani: Kehil4ngan dua insan tercinta pada hari sama ketika Aidilfitri bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima.

Namun bagi Farahana Mohd Fakri, 28, dia dan dua adik perempuannya tetap reda selepas ibu, Norsah Chik, 59, dan bapa, Mohd Fakri Abdullah, 60, men1nggal dunia hanya berselang 12 jam ketika umat Islam sedang bergembira menyambut hari raya, semalam.

Farahana berkata, ibu men1nggal dunia pada 8.50 pagi di rumah mereka di Guar Chempedak selepas mend3rita kanser usus tahap empat, manakala arwah bapa pula pada 8.50 malam di hospital akibat ser4ngan jantung.

Menurutnya, ibunya pada 5 April lalu dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Yan selepas matanya mengalami kuning selain fizikalnya yang terlalu kurus.

“Ibu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum doktor yang melakukan pemeriksaan memberitahu yang arwah menghidap kanser usus tahap empat.

“Doktor pada mulanya mahu melakukan pembedahan namun selepas perbincangan, kami tiga beradik mengambil keputusan untuk membawa ibu pulang dan menjaganya secara bergilir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mereka menjaga ibu sehingga arw4h menghembuskan nafas terakhir pada pagi kelmarin sebelum dimaklumkan bapa pula men1nggal dunia kira-kira 12 jam selepas itu.

“Malam sebelum ibu men1nggal dunia, adik seperti biasa ke bilik tidurnya dan ketika itu dia melihat arw4h sudah dalam keadaan lemah dan berbaring dengan kakinya menghadap kiblat.

“Kami adik beradik kemudiannya membaca surah Yasin sehinggalah arw4h akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya.

Menurutnya, ketika sibuk menguruskan jen4zah ibu, dia dihubungi pula doktor yang memintanya supaya datang segera ke hospital kerana keadaan bapa yang sudah naz4k ketika itu.

“Sebaik tiba di hospital, saya sempat meminta maaf kepada bapa selain turut memberitahunya yang ibu sudah men1nggal dunia walaupun bapa ketika itu sudah tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, bapa disahkan men1nggal dunia pada 8.50 malam oleh doktor akibat ser4ngan jantung dan kami sekeluarga reda dengan pemergian dua insan tercinta pada hari yang sama,” katanya.

Menurutnya, arwah bapa dimasukkan ke HSAH pada malam Sabtu lalu selepas mengadu sak1t dada sebelum dia ditidurkan ketika menjalani rawatan.

“Arw4h bapa sempat menghubungi saya sebelum berbuka puasa memaklumkan yang dia dalam perjalanan ke hospital bersama rakannya kerana sak1t dada.

“Saya sempat bertemu dengannya di hospital sebelum dia ditidurkan dan doktor ketika itu sudah memberitahu yang keadaan bapa sangat tervk,” katanya.

Jen4zah Allahyarhamah Norsah dikebumi selepas solat Asar semalam, manakala jen4zah Allahyarham Mohd Fakri dikebumikan pada 12.10 tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kolam, Guar Chempedak.

Kedua-dua jen4zah dikebumikan bersebelahan antara satu sama lain dengan turut mendapatkan khidmat Skuad Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (Madad) bagi memudahkan urusan pengebumian dilakukan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Be the first to comment on "Hil4ng ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*