Berkat hari Jumaat, Anzalna selamat bersalin anak kedua

PELAKON Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya Hanif Zaki di Instagram dengan luahan rasa syukur urusan itu dipermudahkan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Hanif Zaki (@hanif_zaki)

“Alhamdulillah barkat Jumaat. Anak kedua kami selamat dilahirkan hari ini.

“Hari ini sepatutnya ini kali terakhir Anzalna buat pemeriksaan, Allah work in a mysterious way,” ujarnya.

Pada 3 April lalu, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 34, mendedahkan dirinya hamil lapan bulan anak kedua dan bakal bersalin pada Syawal.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 2016 dan pasangan ini sudah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 2 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Berkat hari Jumaat, Anzalna selamat bersalin anak kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*