“Harap Ank2 Sempat Tengk Buat Kali Terakhir” – Raja Ilya Rayu Anak Bapak Saudara Dtg Melawat Sebelum Trlambat

Risau dengan keadaan kesihatan bapa saudara yang kini tenat, pelakon Raja Ilya memohon anak-anak pakciknya iaitu Abdul Rahman Yunus datang menziarahi ayah mereka sebelum terlambat.

Mohon Dan Minta Simpati

via Instagram Raja Ilya

Menerusi perkongsian Raja Ilya di Instagram, dia ada memuat naik satu video mengenai bapa saudaranya yang bernama Abdul Rahman Yunus.

Dalam perkongsian tersebut, dia memohon dan meminta simpati dari keluarga dan anak-anak pakciknya itu untuk menziarahi bapa mereka.

Kesihatan Makin Merosot

Tambahnya lagi, keadaan Abdul Rahman dikatakan semakin merosot dan meminta kepada netizen untuk mendoakan kepada pakciknya supaya cepat sembuh.

Bapa saudaranya yang kini berusia 70 tahun tinggal bersendirian lebih 40 tahun di Hospital Tanjung Rambutan, Ipoh selepas disahkan mengalami masalah bipolar.

Keluarga Melawat 10 Tahun Lepas

via Instagram Raja Ilya

Memetik dari mStar, Raja Ilya sudah cuba mencari keluarga dan anak-anaknya tapi keluarga tersebut gagal dihubungi.

Katanya, kali terakhir dia merayu kepada anak-anak bapa saudaranya adalah 10 tahun lepas. Mereka datang sekali dan terus hilang selepas itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mStar, MURAIMY

Be the first to comment on "“Harap Ank2 Sempat Tengk Buat Kali Terakhir” – Raja Ilya Rayu Anak Bapak Saudara Dtg Melawat Sebelum Trlambat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*