‘Leha Adalah Bidadariku Hingga Ke Syurga’- Ingat Pak Samad Dah Menin.ggal Dunia, Sekali Muncul Dgn Achey

Drama ‘7 Hari Mencintaiku’ musim ketiga 3 akhirnya sudah sampai ke penghujung semalam. Dalam episod kemuncak, pelbagai konflik dan babak sedih dapat dilihat oleh penonton. Pergaduhan di antara Mak Leha dengan Nurul dan pemergian Pak Samad antara babak yang mencvri tumpuan!

Menip.u dan tidak berubah

Siapa sangka perbuatan terkutuk Nurul (Wafariena) selama ini akhirnya terbongkar. Niat untuk menikahi Khuzairi (Shukri Yahaya) tidak kesampaian apabila Taufik (PU Azman) telah menceritakan hal yang sebenar kepada semua ahli keluarga Mak Leha. Menurut Taufik, Nurul tidak mengandung anak Pak Samad dan Khuzairi tidak perlu menjadi ‘Pak Sanggup’ atas perbuatan dan dosa yang dilakukan oleh Nurul bersama orang lain.

Sebaik sahaja mendengar cerita daripada Taufik, Mak Leha kelihatan sangat marah dan memukul Nurul. Menurut Mak Leha dia tidak menyangka bahawa Nurul tergamak memecah-belahkan keluarganya demi kepentingan diri sendiri.

Kalian permata abah

Dalam episod semalam juga, netizen tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat cara Pak Samad memberi pesanan buat isteri dan anak-anaknya. Menurut Pak Samad, keluarga perlu menjadi keutamaan walau apa jua keadaan dan setiap pasangan suami isteri perlu mempunyai rasa kasih sayang di antara satu sama lain.

Kegembiraan seluruh ahli keluarga Pak Samad dan Mak Leha bertukar menjadi sedih apabila mereka menyedari bahawa Pak Samad sudah meninggal dunia sewaktu tidur. Lebih menyedihkan, Pak Samad turut meninggalkan sepucuk surat buat isteri, anak-anak dan menantunya. Ujar Pak Samad, Mak Leha merupakan bidadarinya hingga ke syurga dan kesemua anak menantunya adalah permata yang sangat bernilai.

Dalam pada itu, pelawak terkenal Achey dari kumpulan Bocey ada memuat naik video bersama dengan “Pak Samad”

“Apa korang ni citer yang bukan-bukan, elok je dia sini dengan aku” komen Achey

Samad dah tak ada, Kazar ada la”

Wafariena terima u.gutan s4ntau sebab Nurul Ain

Gara-gara keberkesanan permainan watak pemusnah rumah tangga orang dalam drama fenomena, 7 Hari Mencintaiku 3 iaitu Nurul Ain, pelakon Wafariena mendedahkan menerima ugutan s4ntau daripada penonton taksub.

Kata Wafariena atau nama sebenarnya, Wafariena Roslan, 27, ugutan tersebut diterimanya menerusi media sosial termasuklah direct message (DM) Instagram.

“Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, disebabkan Nurul Ain untuk musim ketiga ini, saya menerima bermacam-macam cacian, makian, ugutan itu ini termasuklah s4ntau.

“Barangkali ada yang nasihatkan tak usah ambil serius dengan ugutan sebegitu (terutama s4ntau), tapi saya perlu berjaga-jaga dan mengingatkan penonton apa yang saya paparkan menerusi watak Nurul Ain hanyalah lakonan semata-mata.

“Tolonglah jangan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti tapi saya faham orang benci dan kecam bermakna lakonan saya dalam drama memberikan kesan. Untuk itu, saya bersyukur,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, watak Nurul Ain menerusi drama rantaian arahan pengarah Jamal Khan itu sekali lagi mencetuskan amarah luar biasa dalam kalangan audiens yang rata-rata mengecam karakter berkenaan yang menjadi orang tengah atau pemusnah rumah tangga Mia dan Khuzairi (lakonan Siti Saleha dan Shukri Yahaya).

Drama berkenaan telahpun menamatkan tirai menerusi episod akhir, kelmarin.

Ditanya tentang sama ada dirinya selesa melakonkan watak antagonis seperti Nurul Ain, Wafariena berkata, dia terbuka untuk melakonkan watak-watak lain selepas ini bergantung kepada tawaran dan skrip.

“Sebagai seorang pelakon yang masih baharu, saya tak kisah melakonkan watak apapun. Kalau kena dengan gaya dan skrip, saya akan menjayakan sehabis baik demi kepuasan penonton.

“Kalau ada yang masih mahukan musim selanjutnya 7 Hari Mencintaiku, itu terpulang kepada penulis skrip, Siti Rosmizah Semail. Kalau mereka panggil saya untuk watak Nurul Ain, saya bersedia pada bila-bila masa, insya-Allah,” ujar Wafariena.

Sebelum ini, anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang itu mendedahkan, pernah diugut netizen sehingga ingin disimbah asid pada wajah juga disebabkan karakter Nurul Ain yang tergila-gilakan Khuzairi.

NETIZEN berpuas hati dengan kesudahan hidup Nurul Ain lakonan Wafariena selepas segala perbuatan jahatnya terbongkar.

 

kredit: kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :RK

Be the first to comment on "‘Leha Adalah Bidadariku Hingga Ke Syurga’- Ingat Pak Samad Dah Menin.ggal Dunia, Sekali Muncul Dgn Achey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*