“Aduh tengok ni teringat cite Puteri Impian”… Gadis beruntung dapat berjumpa dengan Pemangku Raja Pahang

Peminat atau penggemar merujuk kepada sesiapa sahaja yang bersemangat menaruh harapan atau rasa suka yang amat, yakni meminati atau menggemari sesuatu topik kugiran, pasukan dalam sesebuah sukan, karya rekaan atau genre rangkuman karya tersebut, malah juga orang ternama termasuk negarawan.

 Minat yang sama terhadap benda atau orang tertentu ini mendorong pembentukan suatu lingkungan yang boleh berkembang menjadi lebih besar.

Tular baru-baru ini sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok berjumpa dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di sebuah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia dianggap beruntung kerana dapat bersua muka dengan Tengku kerana tidak semua orang dapat peluang tersebut.

Apa yang mencvri perhatian adalah kerana personaliti Tengku yang menarik yang menjadi idaman gadis-gadis.

 

@riesvvy bye nak pengsan😭😭😭#tengkuhassanalibrahimalamshah #tengkuhassanal #pemangkurajapahang ♬ STAN ARIANA GRANDE – Veloarjana

 

Untuk pengetahuan umum, ini adalah biodata ringkas Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang) merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang. 

Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencapai lebih 600 Ribu penonton  serta pelbagai reaksi dari netizen.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Tiktok @riesvvy

 

Be the first to comment on "“Aduh tengok ni teringat cite Puteri Impian”… Gadis beruntung dapat berjumpa dengan Pemangku Raja Pahang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*