Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdar4h Campuran Malaysia, Ini Buktinya!

Nama Oksana Voevodina menarik perhatian beberapa tahun lalu apabila perkahwinannya dengan kerabat di raja Malaysia menggemparkan warga dunia maya. Ketika itu, perkahwinan ini di adakan dalam satu majlis tertutup dan rahsia. Tetapi mal4ngnya, perkahwinan mereka hanya bertahan beberapa bulan sahaja.  Selepas berpis4h, Ratu Cantik Moscow 2015 ini meneruskan pengajian di Universiti Ekonomi Rusia Plekhanov.

Baru-baru ini Oksana menyambut hari ulang tahun ke-3 anak lelakinya, Ismail Leon. Majlis hari jadi itu cukup meriah dan Ismail dilihat sangat gembira menerima banyak hadiah dari kenalan ibunya. Video majlis hari jadi itu telah dikongsikan menerusi instagram Leon sendiri di @ismail_leon_official dengan memiliki jumlah pengikut seramai 13 ribu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ismail Leon (@ismail_leon_official)

Apa yang menarik perhatian Murai MY, akaun Instagram yang dikendalikan oleh Oksana ini menyatakan bahawa Leon merupakan anak kelahiran Malaysia dan Rusia. Ini membuktikan bahawa Oksana tetap yakin dengan asal-usul anak lelakinya yang dilahirkan pada 22 Mei 2019  ini. Terdahulu, selepas Oksana bercer4i, kecoh pasal bekas suaminya menafikan status bapa kepada anak Rihana. Sehingga kini, suaminya masih tidak mengiktiraf anak yang dilahirkan bekas isterinya, Oksana Voevodina.

Sekadar info, selepas Oksana berkahwin, dia memeluk Islam dan menukar namanya kepada Rihana Oksana Petra. Nama keluarga Petra ialah nama keluarga yang digunakan oleh keluarga suaminya.

Apa-apa pun, Oksana  tetap ibu terbaik buat Leon, kerana segala yang dilakukan adalah untuk masa depan cerah satu-satu anak kesayangannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Murai MY

Be the first to comment on "Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdar4h Campuran Malaysia, Ini Buktinya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*