Tahu kekasih s4kit buah pinggang kron1k, pemuda ini nak juga jadikan isteri! Lepas kahwin kena ‘bersaing’ dengan bapa mentua demi derma ginjal

DEMI kasih kepada isteri, seorang suami sudah pasti sanggup berkorb4n dalam usaha menyelamatkan insan tersayang walaupun nyawa sendiri jadi taruhan.

Begitulah kisah menyentuh jiwa pasangan ini apabila si suami sanggup menderma sebelah buah pinggang miliknya kepada isteri tercinta.

Bercerita kepada mStar, Farah Syazana Mohd Ruslan, 29, memperincikan semula kisah bagaimana pasangannya, Mohamad Firdaus Zulkifli, 31, bersetuju untuk menjalani rawatan pemindahan buah pinggang untuk dirinya.

“Saya kerap s4kit perut sejak 10 tahun lepas lagi. Bila pergi klinik untuk buat pemeriksaan, doktor beritahu air kencing saya kotor. Sampai ada satu hari tu, doktor di klinik rujuk saya ke hospital sebab terlalu kerap kena UTI (Urine Track Infection).

“Bila buat ultrasound dan MRI (magnetic resonance imaging) nampak buah pinggang kiri bengk4k jadi doktor teruskan buat Nuclear Scan dan dapati saya ada masalah Duplex Kidney (saluran buah pinggang berkembar).

“Setahun selepas saya kerap kena mas4lah jangk1tan kuman ni, doktor nasihatkan saya untuk buang buah pinggang belah kiri. Kebetulan masa tu saya tengah berkenalan dengan suami dan pada 2013 merupakan tahun saya kena buang buah pinggang kiri,” jelasnya yang senang disapa Farah.

Jelas Farah, selepas itu dia terpaksa meneruskan kehidupan harian dengan hanya buah pinggang kanan sahaja yang berfungsi selama dua tahun.

Namun menurut suri rumah ini, pada 2015 fungsi buah pinggang kanannya ini semakin merosot walaupun masih dalam kawalan dan tidak perlu menjalani rawatan dialisis.

“Saya sakit buah pinggang ni bukan sebab makan jamu atau ambil sebarang ubat atau supplement. Doktor pun tak dapat kenal pasti punca fungsi buah pinggang kanan makin parah.

Pasangan ini telah berumah tangga melebihi enam tahun.

“Bila berbincang dengan doktor, dia suruh saya buat transplant (pemindahan buah pinggang) sebab umur masih muda. Masa ni suami dan abah (bapa Farah) bersungguh-sungguh sukarela nak jadi penderma.

“Setelah buat beberapa ujian saringan dekat abah, keputusan test tu tak melayakkan dia menjadi penderma. Saya sedapkan hati abah dengan beritahu yang dulu masa s4kit, saya selalu susahkan dia dah,” ujarnya.

Menurut Farah yang kini menetap di Mersing, Johor, suaminya sudah sedia maklum mengenai s4kit yang dihidapi semasa mereka bercinta lagi sebelum berumah tangga pada Mac 2016,

 

Masa kenal suami pun saya dah sakit buah pinggang. Tapi suami saya adalah lelaki one in a million bagi saya lepas dia tetap terima seadanya selepas beritahu pasal penyakit ni.

FARAH SYAZANA MOHD RUSLAN

Kata Farah, pelbagai ujian dan rintangan terpaksa dihadapi sehingga dia terpaksa menangguhkan pembedahan yang terpaksa dilakukan pada 6 Januari 2021 disebabkan negara dilanda wabak C0v!d-19 pada ketika itu.

Setelah mendapat kelulusan daripada doktor, Firdaus yang merupakan seorang anggota Bomba berjaya mendermakan buah pinggang miliknya kepada Farah melalui pembedahan yang dilakukan pada 21 November 2021 di Hospital Sunway Medical Centre, Selangor.

“Masa kenal suami pun saya dah s4kit buah pinggang. Tapi suami saya adalah lelaki one in a million bagi saya sebab dia tetap terima seadanya selepas beritahu pasal penyakit ni. Sebelum berkahwin, dia dan keluarga memang dah sedia maklum saya ada s4kit kronik buah pinggang. Alhamdullilah rezeki dapat keluarga mentua yang sangat menerima saya.

Mereka menunggu lebih 11 bulan sebelum berjaya membuat pembed4han memindahkan buah pinggang.

“Macam-macam ujian kami terpaksa tempuh sampai terpaksa tangguh tarikh transplant lebih 11 bulan. Sekarang buah pinggang suami ada dalam badan saya dan saya bersyukur boleh hidup normal dan tak terikat dengan dialisis.

“Suami pun dah makin sihat dan boleh kerja macam biasa sekarang. Keputusan ujian darah dia pun semua cantik saja tak ada masalah. Dah lebih enam bulan sejak kami buat pembedahan tu,” katanya.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok, warga maya memuji pengorbanan si suami yang sanggup mengambil risiko demi kesejahteraan isterinya.

Farah bersyukur dikurniakan suami yang sangat menyayanginya.

Malah, Farah sendiri menyatakan rasa syukur kerana memiliki seorang lelaki cukup penyayang yang dipinjamkan olehNya sebagai suami.

“Sebagai isteri mestilah terharu dengan pengorbanan suami yang sanggup mendermakan buah pinggang dia untuk tengok saya sihat semula tanpa bergantung dengan mesin dialsis. Jadi ini adalah amanah saya pula untuk menjaga diri dan buah pinggang ini.

“Mungkin kisah saya tak sehebat kisah orang lain tapi suami memang seorang yang hebat. Semoga kisah pengorbanan suami saya ni boleh menjadi inspirasi buat yang lain untuk berkorban demi insan tersayang,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tahu kekasih s4kit buah pinggang kron1k, pemuda ini nak juga jadikan isteri! Lepas kahwin kena ‘bersaing’ dengan bapa mentua demi derma ginjal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*