Rangkul Pinggang & Saling Bertatapan, ‘Pre-Wedding’ Mas Idayu ‘Bersemut’

Bakal menjadi raja sehari tak lama lagi, Mas Idayu berkata dia merasakan seperti pernikahan kali pertama kerana tidak pernah melalui sebelum ini pada perkahwinan terdahulu.

Memetik Harian Metro, Mas Idayu berkata dia tidak sangka berpeluang untuk menikmati kehidupan lebih bahagia pada usianya sekarang yang sudah mencec4h 50 tahun.

“Sebabnya, saya dapat rasakan yang ini (perkahwinan kedua) seperti saya tidak pernah merasakannya selama 15, 16 tahun yang lalu. Jadi, saya rasa ‘pre-wedding ini dulu-dulu pun tak pernah ada, persandingan dulu pun tak pernah ada.

“Jadi, sekarang ini adalah saya rasa seperti perkahwinan pertama saya yang tak pernah berlakv setelah 15, 16 tahun yang lampau,” katanya.

Pemilik nama Masidayu Mesnun atau mesra disapa mommy sempat mengadakan fotografi ‘pre-wedding’ di Avani Sepang Resort tajaan Magica.

Buat pre-wedding dengan bakal suami

Dalam sesi fotografi tersebut, mommy dilihat cantik menggayakan busana berwarna putih dan beberapa momen ketika sesi tersebut telah dikongsikan di media s0sial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Bakal suami cur12 pandang

Difahamkan, perkahwinan Mas Idayu dan pa$angan telah mendapat tajaan RM7 juta merangkumi aksesori, barang kemas, katering dan lokasi.

Ramai yang memuji penampilan Mommy ketika menjayakan pre-wedding dan momen bakal suaminya cur1-cur1 pandang telah mendapat perhatian ramai setelah dikongsikan di TikTok.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Mommy betul2 nampak happy!

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai pujian daripada warganet dan rata-rata tidak sabar menanti 16 September ini.

Semalam, Mas Idayu mengumumkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan hati yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian pada 16 September ini.

Perkahwinan pasangan itu juga turut mendapat tajaan bernilai RM7 juta dan bakal pengantin itu bakal berbulan madu ke Santorini, Greece, selama dua minggu selepas majlis selesai.

 

Sumber: masidayu1001

Be the first to comment on "Rangkul Pinggang & Saling Bertatapan, ‘Pre-Wedding’ Mas Idayu ‘Bersemut’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*