Ubi guna nama sajat dalam MLS3, Sekali ini respon Sajat buat peminat tak kering gusi

 

Umum kita ketahui dengan rancangan program popular ini. 2 hari lalu telah pun berlangsungnya pentas akhir untuk program ‘Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Malam penuh mendebarkan tersebut menyaksikan pasukan UBI yang dianggotai oleh Syarif Zero, Fad Bocey dan Namie telah pun berjaya tumpaskan 3 lagi team lain sekaligus bergelar juara.

Terbaik UBI juara

Kemenangan tersebut juga telah melayakkan mereka untuk bawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM150 ribu. Menerusi sketsa bertemakan ‘Benua Di Dalam Dunia’, kumpulan UBI telah berlakon sebagai penuntut universiti yang terpaksa beraya di luar negara tanpa keluarga. Untuk mengubat kerinduan, Syarif dan juga Fad telah menelefon ibu serta bapa masing-masing yang dilakonkan oleh Erra Fazira serta Datuk Yusof Haslam.

Confuse nak panggil apa abang ke kakak

Namun bertambah kelakar apabila Namie pula gagal menghubungi ‘kakak kesayangannya’ yang sedang berada di Australia ketika itu. Meskipun tidak menyebut nama secara langsung, namun ramai yang faham ‘individu’ digambarkan adalah Nur Sajat.

Berani m*ti kau ni UBI, jangan nanti aku buat kau ubi bak*r

Menerusi satu perkongsian video lain, Sajat yang menyedari perihalnya dijadikan bahan untuk sketsa pada malam tersebut sempat perli kumpulan berkenaan kononnya cukup berani. Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak ambil hati malah rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada UBI kerana berjaya menang. Sumber, kisah dunia

Tular Satu Rakaman Sajat Di Lapangan Terbang, Warganet Pertikaikan Tentang Video Itu. Umum lagi memang kita ketahui dengan usahawan sensasi ini sebelum ini, murai ada melaporkan mengenai berita kesihatan bapa kepada usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat. Warganet Persoalkan Kepulangan Sajat, dengan berita tersebut, ramai yang bertanyakan Sajat adakah dia akan pulang ke Malaysia apabila mengetahui keadaan ayahnya yang sedang tenat. Menurutnya, dia memutuskan untuk tidak pulang ke Malaysia disebabkan beberapa faktor.

Muat Naik Gambar Di Lapangan Terbang

Terbaru di Instagram miliknya, Sajat memuat naik satu video dia yang kini berada di lapangan terbang. Dalam perkongsian tersebut, dia menunjukkan persediannya untuk berlepas ke sesuatu tempat dengan menyatakan “bersedia untuk terbang”. Pulang Malaysia Atau Bercuti. Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dan ramai yang bertanyakan adakah Sajat akan pulang ke Malaysia menziarahi bapanya. Walaupun persoalan tersebut tidak dijawab oleh Sajat, tetapi ada juga yang berpendapat bahawa Sajat sedang merancang untuk pergi bercuti kerana terdapatnya tanda pagar #moodtravelgirls pada hantaran tersebut. Sumber, murai

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Online

Sumber : https://erakini.bbn.my/

Be the first to comment on "Ubi guna nama sajat dalam MLS3, Sekali ini respon Sajat buat peminat tak kering gusi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*