[VIDEO] “Jangan main2kan kami Lofa..”- Neelofa Tunjuk Telatah Bilal, Sekali Tokti Masuk Komen

 

PEMINAT nampaknya semakin tak sabar untuk melihat wajah penuh anak kepada pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Muhammad Haris Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal.

Meskipun pasangan ini sudah semakin terbuka berkongsi telatah Bilal di media sosial, namun mereka masih memilih untuk tidak mendedahkan wajah penuh anak mereka.

Terbaharu, anak selebriti berkenaan sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas Neelofa memuat naik sebuah video memaparkan wajah Bilal yang ditutup dengan pelitup muka dan diletakkan emoji cermin mata hitam berserta emoji donut.

Neelofa kerap kongsi telatah Bilal di media sosial.

“Akan menanggalkan topeng saya untuk donat,” tulisnya Neelofa di ruangan kapsyen.

Video pendek Bilal itu dikongsikan di Instagram Neelofa pada Ahad.

Biarpun masih menyembunyikan wajah di sebalik pelitup muka, namun ramai meluahkan rasa ‘ger4m’ melihat tubuh Bilal yang gebu dan bersemangat itu.

Sehubungan dari perkongsian itu, ruang komen dipenuhi komen dari rakan-rakan artis dan penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza yang turut teruja akan susuk tubvh bilal.

“Alolo… Betul Lofa cakap gebu-gebu macam Afwa ya,” tulis Datuk Siti Nurhaliza.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

KOMEN RAKAN ARTIS :

Selain itu, rata-rata warganet meluahkan rasa geram selain ternanti-nanti akan pendedahan wajah anak pasangan selebriti berkenaan.

“Lofa buat hal! Tak lama dah ni nak tunjuk muka.

Neelofa beri bayangan wajah Bilal dari belakang.

“Jangan main-mainkan kami Lofa, ger4m nak tengok muka Bilal.

“Kalau nak tunjuk muka Bilal beritahu, kami nak ambil cuti,” kata netizen.

Terdahulu, Neelofa dan suami memilih untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kerana ingin melindungi anaknya daripada peny4kit Ain.

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://viral25news.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] “Jangan main2kan kami Lofa..”- Neelofa Tunjuk Telatah Bilal, Sekali Tokti Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*