“Customer dah bayar deposit”- [SER@M] Jurugambar Kongsi Pengalaman Kena ‘Sc@m’ Dengan Pengantin Misteri

Walaupun musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada pasangan pengantin yang meneruskan rancangan awal mereka untuk disatukan. Seorang jurugambar perkahwinan, Afis Alias menerima tugasan untuk mengambil gambar nikah, namun lain pula yang jadi apabila dia sampai ke lokasi.

Beri lokasi rumah berhampiran kvbur

Menurut Afis, dia mendapat job berkenaan dan sudah mendapat bayaran pendahuluan untuk khidmatnya itu. Malahan, alamat lokasi sepatutnya dia mengambil gambar nikah turut disertakan oleh ‘pengantin’ itu menerusi Whatsapp.

Dia sudah cuba menelefon individu yang menghubunginya sebelum ini namun panggilannya tidak berangkat manakala mesej Whatsapp tidak dibalas.

Sampai awal sejam

Lelaki ini telah sampai pada jam 9 pagi tadi, (6 Jun) untuk mengelak tergesa-gesa untuk majlis yang sepatutnya berlangsung pada jam 10. Namun setelah gagal menghubungi individu berkenaan selama sejam setengah, dia akhirnya pulang.

Netizen buat sp3kulasi

Melihat kepada tweet yang viral itu, pengguna Twitter membuat spekulasi kelakar mengenai sebab sebenar mengapa pengantin berkenaan tidak muncul di hari pernikahan mereka. Namun, setakat ini masih tidak dapat dipastikan mengapa kejadian ini berlaku dan sebabnya kekal misteri.

Tok Adi nak nikah, tapi…

Duit jadi daun kering dalam akaun?

Sumber: Afis Ismail

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaya

Kredit : OHBULAN via LOBAK MERAH

Be the first to comment on "“Customer dah bayar deposit”- [SER@M] Jurugambar Kongsi Pengalaman Kena ‘Sc@m’ Dengan Pengantin Misteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*