Lim bagitahu burung terbang depan dia petanda PH kembali. Sekali Najib masuk komen

TIDAK sampai empat bulan tempoh pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), dunia politik negara kembali berg0lak. Adegan lompat melompat oleh ahli politik sedang dihidangkan kepada rakyat. Terbaru bekas menteri keewangan Lim Guang Eng menaruh kepercayaan yang kerajaan PH akan kembali

“Tadi di kafe Taman Burung Kuala Lumpur, cantiknya burung kenyalang yang terbang dan hinggap di hadapan saya. Satu petanda harapan akan terus bersinar untuk Malaysia Baharu?” soal Lim Guang Eng.

Najib kemudian membalas ciapan tersebut dengan mengaitkan sorang ahli parlimen dari serawak yang telah keluar dari PH dan meyokong kerajaan PN pimpinan Muhyiddin

“Dengar kata seorang Ahli Parlimen Sarawak telah terbang dari PH semalam.  Adakah itu petanda yang dimaksudkan Guan Eng?” sindir Najib

 

Ahli Parlimen Lubok Antu keluar PKR, ikrar sokong Muhyiddin, Abang Johari

KUCHING: Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang hari ini mengumumkan keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam kenyataan malam ini, beliau turut menyatakan ikrar sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Saya telah berbincang dengan para penyokong saya dan mereka bersetuju agar saya menyokong penuh kerajaan PN demi kebaikan dan pembangunan kawasan Lubok Antu,” katanya.

Jelas Jugah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau bertanding sebagai calon Bebas dan menang atas mandat rakyat sebelum bersama para penyokongnya menyertai PKR yang menjadi sebahagian kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Jugah ketika dihubungi Astro AWANI menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan mengenai kenyataan media itu.

“Ya..,” jawab Jugah ringkas.

Selain itu, menurut kenyataan Jugah, kawasan luar bandar yang diwakilinya memerlukan perhatian oleh Kerajaan Pusat dalam melaksanakan pembangunan.

Bagaimanapun pergolakan dalaman Pakatan Harapan (PH) sehingga peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri menyebabkan kerajaan itu tumbang selepas 22 bulan mentadbir Negara.

“Saya berasa kesal apabila berlakunya permasalahan dalaman di antara parti komponen PH, dan keputusan saya untuk keluar parti dibut selepas mengambil kira persetujuan dan restu para penyokong saya di kawasan,” katanya.

Pada PRU lalu, Jugah memenangi kerusi Lubok Antu dengan 5,834 undi, mengatasi calon Barisan Nasional, Robert Pasang Alam yang mendapat 4,775 undi dan calon PKR, Nicholas Bawin Anggat (3,942 undi).

Susulan keputusannya untuk keluar PKR, PH Sarawak kini hanya menguasai lapan daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini manakala ahli Parlimen yang menyokong PN seramai 21 orang dan dua ahli Parlimen berkecuali.

Kita akan kembali ke zaman Najib, kata Tun Mahathir

PUTRAJAYA – Dalam sidang media hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkali-kali menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak sambil mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menyalahguna kuasa seperti mana zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib.

Dakwaannya itu berkait rapat dengan pelantikan beberapa ahli politik dalam syarikat milik kerajaan yang mana menurut beliau amalan seumpama itu telah ‘dibersihkan’ semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan

Beliau juga mendakwa amalan tersebut sebagai cubaan merasuah dengan menawarkan jawatan kepada mereka yang mengkritik kerajaan.

Kata Dr Mahathir perbuatan tersebut merupakan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Perikatan Nasional dan sudah tentu ada yang sanggup menerima jawatan setaraf menteri dengan gaji kira-kira RM18,000.

“Perkara yang sama berlaku dengan apa yang telah Najib lakukan dahulu.

“Dalam tempoh dua setengah bulan kerajaan telah menunjukkan mereka sanggup menyalahgunakan kuasa dengan memanggil orang-orang yang tidak menyokong kerajaan dan menawarkan jawatan menyamai taraf menteri.

“Mereka dilantik kerana kerajaan mahu menyogok orang-orang ini dirasuah dan tentunya ada yang kecundang,” katanya sambil menambah kerajaan sekarang akan kembali ke zaman Najib dan keadaan akan menjadi bertambah teruk.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah meletakkan golongan profesional dalam syarikat milik kerajaan namun kerajaan sekarang telah menggantikan mereka dengan orang politik.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, usaha kerajaan membendung pandemik Covid-19 menampakkan hasil kerana ia diterajui oleh seorang doktor walaupun pada peringkat awal ada cubaan untuk meletakkan orang politik kerana ia memberikan publisiti yang baik kepada individu berkenaan.

“Aatu ketika, ada usaha untuk mengeluarkannya (doktor) dan menggantikannya dengan ahli politik kerana ia memberi publisiti yang baik kepada ahli politik itu, tetapi ada bantahan kerana pegawai itu masih ada,” katanya.

Kenyataannya itu merujuk kepada usaha membendung pandemik itu yang peringkat awal diterajui Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba, bagaimanapun ia kemudian dikendalikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir mendakwa rakyat masih tidak dapat menikmati bantuan yang diumumkan kerajaan malah menurut beliau Perikatan Nasional hanya nampak elok di akhbar hakikatnya rakyat menderita.

Reaksi netizan

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaya

Sumber : http://musangviral.com/

Be the first to comment on "Lim bagitahu burung terbang depan dia petanda PH kembali. Sekali Najib masuk komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*