“Macam View Sultan Pemurah”- Percutian ‘next Level’ Hairul Azreen Sekeluarga Ke Gunung Salji Buat Ramai Terpegun

Nampaknya percutian keluarga bahagia, pa$angan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencvri tumpuan peminat. Jika sebelum ini mereka menaiki helikopter ke Pulau Redang serta pernah dipelawa oleh individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan untuk menaiki kapal mewah miliknya.

Terbaharu, mereka berdua memuat naik video percutian sekeluarga di Switzerland dengan sekali lagi menaiki sebuah helikopter.

Hairul Azreen bagaimanapun diruangan Instagram selain memuat naik beberapa keping foto juga menyatakan bahawa ia merupakan perancangan saat akhir untuk keluarga dan cukup kagum dengan pemandangan di percutiannya ini.

Selain di Instagram, menerusi platform TikTok juga muat naik daripada pelakon filem popular ini turut menarik perhatian ribuan warganet yang juga kagum melihatkan pemandangan dikongsikan ketika bercuti bersama isteri, Hanis Zalikha dan dua cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Dalam pada itu, percutian Hairul Azreen dan keluarganya ini menjadi inspirasi buat peminat apabila lebih memilih untuk mendapatkan kenangan terindah dengan keluarga berbanding melakukan perkara lain malah mereka yang juga dilihat sempat menaiki helikopter turut menjadi tumpuan netizen.

“Kali pertama kami terbang selepas tiga tahun yang panjang. Masa untuk percutian keluarga dan ia akan menjadi sangat menyeronokkan,” tulis Hairul Azreen di akaun TikTok miliknya itu.

Video:

Tengok pemandangan Banjaran Alps dalam video pun sudah terpukau, tak boleh bayang macam mana kalau tengok depan mata sendiri. Seronok betul!

Walau bagaimanapun, menjengah juga keruangan komen ada beberapa netizen menyebut nama Sultan Pemurah apabila pernah melihat pemandangan tersebut oleh pemilik akaun yang sentiasa menjadi tanda tanya netizen itu.

“Macam view Sultan Pemurah”

IMG_20220810_105716_1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Online

Sumber : TikTok Hairul Azreen

Be the first to comment on "“Macam View Sultan Pemurah”- Percutian ‘next Level’ Hairul Azreen Sekeluarga Ke Gunung Salji Buat Ramai Terpegun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*